11 Daripada Syarikat Air Besar Di UK Masih Menggunakan Cara Tradisional Ini Untuk Mencari Sumber Air.

Teknologi semakin berkembang pesat dengan pelbagai ciptaan yang memudahkan kehidupan kita seharian.

Tetapi agak memeranjatkan apabila 10 daripada 12 syarikat air terkenal di United Kingdom masih menggunakan kaedah kuno bagi mencari punca mata air bawah tanah.

Kaedah yang menggunakan sebatang besi dan dawai tebal yang dibentuk segi empat dan bulat dihujung bawah, digunakan sejak berzaman lamanya bagi mengesan punca air bawah tanah.

Ada yang mendakwa bahawa batang berbentuk L ini akan membentuk X apabila kehadiran air bawah tanah dikesan. Walaupun tuntutan itu telah lama diragui, sesetengah syarikat air menegaskan bahawa amalan ini adalah berkesan seperti kaedah moden, seperti dron atau satelit.

Ada juga besi yang berbentuk L seperti ini;

 

 

Ada juga yang hanya menggunakan ranting kayu bagi mencari air dibawah tanah.

 

Masih tiada penerangan saintifik yang menjelaskan bagaimana cara ini berfungsi, tetapi syarikat gergasi di UK seperti Severn Trent, Wessex Water, Welsh Water, Scottish Water, South West Water, dan United Utilities masih menggunakan kaedah kuno ini berbanding dengan teknologi baru yang lebih moden.

Syarikat-syarikat besar ini menegaskan bahawa cara ini adalah lebih efektif daripada penggunaan teknologi moden yang ada sekarang walaupun kekurangan bukti saintifik yang boleh menyokong bahawa kaedah ini mampu menolong mereka untuk mencari sumber air yang bersih.

Sumber: Oddity Central

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *