Siapa Sangka Wang Kertas RM2 Boleh Dijual Dan Harganya Mencecah Ribuan Ringgit!

Pernah anda terfikir, dengan hanya berbekalkan RM2 anda boleh mendapatkan ribuan ringgit?
Baru-baru ni, kami menemui sesuatu yang mengujakan di mudah.my iaitu orang ramai menjual wang kertas RM2 lama dengan harga mencecah ribuan Ringgit.

Wang kertas tersebut dijual dengan harga serendah RM30 sehelai sehinggalah mencecah RM50,000. Wow!

Apa istimewanya duit kertas RM2 ini sehingga dijual dengan harga RM50,000?

Menurut penjual wang kertas berkenaan, wang tersebut masih cantik dan tulisannya masih jelas untuk dibaca.

Ia dikatakan ditandatangani oleh gabenor Malaysia yang ke-5 iaitu Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd. Don (1994-1998).

Selain mudah.my kami juga telah mencari platform lain yang digunapakai untuk jualan wang kertas lama
Terdapat juga beberapa penjual menggunakan platform seperti Facebook, Carousell dan sebagainya.

Sebenarnya, sehingga kini, pengumpul koleksi matawang lama masih ada dan dilihat kian bertambah bilangan mereka berikutan hobi ini dikatakan memberi kepuasan
Memetik laporan RinggitPlus, apabila Bank Negara menerbitkan wang kertas ini pada tahun 1996, tema reka bentuknya adalah untuk memperingati dan mencerminkan “Wawasan 2020”.

Walaupun wang kertas RM2 ini masih sah untuk digunakan, namun ia selalunya dijadikan collection berbanding menggunakannya untuk aktiviti jual beli harian.

Sesetengah collector, wang kertas RM2 dengan tandatangan Gabenor Tan Sri Dato ‘Ahmad Bin Mohd Don boleh mencapai nilai RM4,000 sehelai.

Sebagai salah satu yang paling dikehendaki oleh collector, tidak menghairankan ia boleh mencecah hampir dua kali ganda daripada gaji fresh graduate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *