7 Tempat Terlarang Paling Terkenal Di Dunia!

Zaman sekarang kalau nak dapatkan sesuatu maklumat semuanya di hujung hari. Namun berbeza pula pada zaman sebelumnya, ada sesetengah tempat dikawal ketat daripada dimasuki orang awam yang ingin mendapatkan sesuatu informasi untuk tujuan tertentu.

Jom kita tengok senarai tempat-tempat yang dilarang untuk dikunjungi, apatah lagi kalau ingin bercuti.

#1. Club 33, Amerika Syarikat.

Pada asalnya, ia merupakan sebuah restoran di Disneyland. Tetapi telah menjadi sebuah kelab esklusif terutamanya bagi golongan orang berada dan tidak boleh dimasuki oleh orang biasa. Terletak di lokasi yang sangat rahsia, orang ramai yang ingin memasuki kelab tersebut haruslah mendaftar dan menunggu selama 14 tahun.

#2. Arkib Rahsia Vatican, Itali.

Tempat ini seringkali dikaitan dengan konspirasi oleh Roman Katolik kerana menyimpan naskah-naskah rahsia di dalam sebuah bilik arkib. Bagaimanapun ada pihak yang berkata, arkib tersebut bukanlah sebuah tempat yang rahsia, tetapi lebih kepada tempat yang privasi untuk golongan tertentu sahaja.

#3. Mezhgorye, Bashkortostan.

Anda tidak dibenarkan masuk ke dalam bandar ini melainkan anda salah seorang dari 17,000 penduduk setempat daerah yang terletak di Rusia itu. Ini kerana pihak kerajaan telah membuat beberapa larangan kerana bimbang sekiranya aktiviti-aktiviti perusahaan mereka diceroboh oleh orang asing.

#4. Pulau Ular, Brazil.

Kawasan yang terletak di kawasan luar pantai Sao Paolo, Brazil ini telah dilarang oleh pihak kerajaan untuk dikunjungi kerana mempunyai ular yang terlalu banyak, tetapi bukan hanya ular yang biasa. Ular-ular tersebut memilik bisa emas yang dikatakan mampu menghancurkan daging manusia.

#5 Area 51, Amerika Syarikat.

Tiada siapa pun tahu apa sebenarnya yang berlaku di kawasan tersebut. Apa yang pasti ianya dikaitkan dengan konspirasi UFO dan serangan oleh makhluk asing. Bagaimanapun, tempat ini sememangnya dilarang oleh orang awam untuk dikunjungi.

#6. HavenCo, Sealand.

Semasa perang dunia kedua, Sealand merupakan tempat pertahanan udara antarabangsa. Tempat ini menyimpan data-data peribadi milik negara yang terletak di tengah laut. Anda hanya boleh berkunjung sekiranya dijemput sahaja. Mana tahu satu hari nanti?

#7. Bahnhof/Wikileaks, Sweden.

Wikileaks adalah sebuah organisasi yang menyalurkan maklumat mengenai pemerintahan di seluruh dunia dan menyimpan dokumen-dokumen rahsia negara. Jadi tidak hairanlah ada yang cuba mengambil kesempatan untuk memperoleh maklumat peribadi tersebut.

Sumber – Taiko TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *