Bahayanya App Pitu Yang Sedang Viral Sekarang!

Saya tujukan post ini untuk kaum wanita. Tak kisahlah statusnya masih bersekolah, belajar di IPT, bekerja, berkahwin atau sudah jadi emak-emak.

Ketahuilah, aplikasi PITU ini menjahanamkan dan merosakkan diri kalian. Apa yang kalian fikirkan saat menggunakannya?

Kenapa ghairah kemain gunakan ia dengan edit sedemikian rupa? Dahagakan pujian? Atau cuba meraih secebis likes?

Saya tak ada masalah andai kau suka-suka tangkap gambar, edit kemudian simpan di folder phone sendiri. Paling kurang kau sahaja yang akan tengok. Yang pergi upload di media sosial buat apa?

Kau nak bagi lelaki-lelaki gersang di luar sana membayangkan diri kau yang tak bertudung ke? Atau nak bagi mereka modal untuk melakukan onani? Sebab itu lelaki dalam post berkenaan letakkan caption sindiran/ sarcasm agar kau faham.

Yang lelaki pun sama. Kalau kau nampak orang perempuan upload gambar begini, tegurlah elok-elok. Boleh jadi mereka tidak tahu.

Baik perempuan mahupun lelaki, tolonglah gunakan akal yang telah Tuhan berikan dengan baik. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan. Tanya dalam diri, elok ke tidak apa yang aku buat tu.

Jika elok, teruskanlah. Jika tidak, delete sahaja.
Berhentilah.
Berhentilah.

Tag kawan-kawan yang kau sayangi, kemudian share. Thanks
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Bukan Lelaki Gersang.
#TukangCeramahBudakSekolah
kredit gambar : Siti Nornadrah Shiekh Nordin

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *