” Dilayan Macam Sampah”, Blogger Terkenal Dedah Pengalaman Berada Di Paris!

Paris dikatakan City of love. Memang tempat honeymoon paling sesuai. Tapi, ada perkara lain anda perlu tahu tentang tempat ini.

Kota Paris sememangnya dikenali sebagai tempat yang paling romantis untuk pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Antara beberapa tempat yang menjadi minat orang ramai adalah Eiffel Tower, Disneyland, Arc De Triomphe, The Louvre dan banyak lagi.

Namun, baru-baru ini telah viral di laman Twitter dan YouTube tentang seorang blogger yang dikenali sebagai Faafirds telah berkongsi pengalaman buruk beliau bersama suami ketika berada di Kota Paris. Memang sangat tidak patut!

Faafirds dan suaminya dikatakan baru sahaja tiba di Paris lebih kurang 30 minit dan pelbagai kejadian buruk telah berlaku.

Tonton perkongsian penuh menerusi video di bawah:

Mereka berdua turut menyuarakan rasa sedih yang teramat kerana dilayan seperti sampah. Menurutnya, ketika berada di dalam Metropolis (tren), ada seorang lelaki yang nampak begitu normal, tinggi dan berbangsa Perancis telah cuba untuk meragut beg suaminya dikhalayak ramai. Dia hanya mampu menjerit sebelum jeritan itu disahut oleh lelaki tersebut dengan menjerit balik tanpa sebab.

Tambahan, ketika beliau berada dalam Metropolis terasa badannya dilanggar berkali-kali dengan sengaja.

Beliau juga menceritakan tentang satu lagi pengalaman yang tidak akan dilupakan iaitu ketika sedang beratur untuk menunggu giliran naik roller coaster, penjaga tiket hanya membenarkan gadis yang tidak bertudung untuk naik terlebih dahulu sementara beliau disuruh untuk menanggalkan hijab terlebih dahulu.

Ramai pengikut blogger ini telah meninggalkan komen yang positif sebagai tanda simpati tentang kejadian yang menimpa pasangan ini

Namun, menerusi komen tersebut terdapat seorang wanita yang mendedahkan rahsia buruk tentang Paris dan mendapat lebih 14k retweets di laman Twitter

Beliau membongkarkan satu persatu layanan kurang sopan orang yang berbangsa Perancis terhadap wanita Asia terutamanya wanita yang berhijab. Juga telah dijelaskan bahawa pihak majikan di sana tidak akan membayar gaji kepada pekerja asing dan dia juga pernah ditipu mengenai kontrak pembayaran telefon dan elektrik.

Majikan juga akan mengabaikan dengan sengaja resume yang telah dihantar dan akan dipaksa untuk menjadi pencuci tandas sahaja serta dilayan seperti sampah. Malah, pesakit Asia juga dilayan secara ala kadar di hospital tempatan.

Paling menyedihkan, jika anda memerlukan bantuan pihak berkuasa, anda mungkin akan dihalau untuk pulang ke negara sendiri!

Kalau macam ni, admin pun tak nak pergi ke Paris! Teruk betul layanan mereka. Rasa tak selamat bila berada di sana. Apa pendapat anda?

Sumber – Says

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *