Kerana Takut Allah Akan “Ambil Tindakan” Terhadapa Mereka Sekeluarga, Bapa Ini Tidak Membenarkan Bayinya Terima Suntikan.

“Semoga kita semua terhindar daripada murka Allah.”

Pelik tapi benar.
Viral di media sosial  mengenai sekeping gambar yang menunjukkan sepucuk surat yang dihantar oleh seorang bapa kepada pihak hospital.

Kandungan surat yang ditulis dengan tangan itu memberi amaran kepada doktor agar tidak memberi sebarang suntikan kepada anaknya.

Sebabnya?

Si bapa takut perbuatan itu bakal dikenakan tindakan oleh Allah ke atas mereka kerana menganggap ciptaan Allah tidak sempurna sehingga memerlukan bahan ciptaan manusia. Malah, si bapa turut menyifatkan manusia sebagai “makhluk yang zalim lagi jahil.”

Gambar surat tersebut telah dimuat naik oleh seorang jururawat lelaki Anwari Hamzah di Facebook pada 28 Oktober lalu.

Post tersebut telah menarik perhatian ramai netizen dan mendapat lebih 1,500 shares sejak dimuat naik tiga hari lepas.

Rata-rata netizen yang membaca kandungan surat itu turut berasa terkejut dan tidak bersetuju dengan alasan bapa berkenaan.

Sebagai seorang pengamal perubatan, Anwari Hamzah berasa berang dengan label “makhluk zalim lagi jahil” yang diberikan oleh bapa tersebut.

Beliau turut mempersoalkan, sekiranya mereka dicerca sebagai zalim, apa tujuan si bapa itu datang ke hospital sebenarnya?

Baca status penuh di bawah:

Sumber – Anwari Hamzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *