Kisah Raja Namrud Yang Sombong Dan Menganggap Dirinya Tuhan, Akhirnya Dilaknat Allah Dan Mati Kerana Seekor Nyamuk!

Raja Namrud (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) juga disebut eja Namrudz bin Kan’aan (2275 SM – 1943 SM) adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Ia memiliki gelaran “a mighty hunter” yang bermaksud “pemburu yang hebat” atau “pemburu yang perkasa”, kerana kebijakannya dalam berburu.

Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan’aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.) atau juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). Selain itu beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.

Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak”. Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam.

Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takbur sehinggakan dia mengaku menjadi seorang atheis atau sebagai Tuhan dan usahanya mendapat tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s.

Namanya terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel. Menurut Kitab Bible kerajaannya termasuklah Babel, Erech, Accad dan Calneh, di tanah Shinar, yang juga dikenali sebagai tanah Namrud.

Keturunan Nabi Nuh a.s.

Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada nabi Nuh a.s., manakala ibunya ialah Semiramis. Ibunya pada usia remaja telah berkahwin dengan bapanya. Adalah dipercayai sehari selepas mengadakan hubungan kelamin dengan Semiramis, bapanya telah meninggal dunia. Oleh itu, apabila Namrud lahir beliau tidak berbapa. Ibunya adalah seorang yang wanita yang cantik lagi bijaksana.

Setelah beliau dilahirkan, ibunya membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh oleh manusia dan Namrud adalah anak yang suci. Ini telah menambahkan keyakinan Namrud bahawa beliau adalah anak tuhan. Apabila beliau menjadi dewasa, beliau menjadi seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan teman wanitanya. Oleh itu, Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu anaknya sendiri.

Raja Namrud cuba membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s iaitu Allah s.w.t.

Seperti kepercayaan orang dahulukala, beliau menganggap bahawa Tuhan bersemayam di atas kayangan. Oleh itu Raja Namrud telah berusaha untuk membina sebuah kenderaan yang mampu terbang keatas langit.

Empat ekor burung yang besar digunakan untuk mengangkat kenderaan itu kelangit. Empat tiang yang panjang yang dicucuk dengan makanan telah dinaikkan agar burung-burung itu terbang ke atas. Beliau yakin apabila sampainya dilangit, beliau akan menghampiri Allah dan boleh memanahnya sehingga mati.

Sebaik sahaja kenderaan naik keudara, Raja Namrud pun bersedia dengan anak panahnya. Beliau terkenal sebagai pemanah yang handal dan hadiahnya yang paling besar ialah Allah. Walaupun begitu, beliau menjadi hairan kerana semakin tinggi kenderaan itu naik semakin jauh langit itu berada.

Lama-kelamaan, udarapun menjadi semakin tipis dan beliau semakin susah untuk bernafas. Dengan sepenuh hati beliau mengacukan panahnya kelangit dan memanah keudara. Selang beberapa minit panahnya jatuh kekenderaannya berlumuran dengan darah.

Raja Namrud berasa gembira kerana menyangka beliau berjaya membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s. Lalu beliaupun menolak tiang-tiang itu kebawah supaya burung-burung itu terbang balik kebumi. Apabila sampai kebawah, beliau dengan bangganya menunjuk anak panahnya dikhalayak ramai dan mengaku bahawa beliau telah memburu serta membunuh Allah.

Raja Namrud pun menjemput Nabi Ibrahim a.s keistananya untuk menunjukkan kekuasaan beliau. Apabila ditunjuk akan panahnya itu, nabi Ibrahim bertanya apabila Raja Namrud memanah tuhan adakah langit semakin jauh atau semakin dekat.

Beliau terpaksa mengaku bahawa langit semakin jauh. Oleh itu nabi Ibrahim mendakwa bahawa darah itu adalah sebenarnya darah ikan yang dilumur oleh malaikat dilangit dan Raja Namrud tidak berupaya untuk membunuh Allah.

Barulah beliau sedar bahawa beliau telah dikaburkan matanya oleh Allah.Beliau tetap mahu menunjukkan kekuasannya. Lalu beliau memanggil tenteranya untuk membawa dua orang tawanan. Satunya telah dikenakan hukuman bunuh manakala seorang lagi telah dibebaskan.

Dengan angkuh beliau berkata berkata kepada nabi Ibrahim, “Lihatlah saya dapat memberi kehidupan kepada seorang dan mengambil nyawa orang yang lain!”. Nabi Ibrahim pula menjawab, “Tuhan yang saya sembah berkuasa untuk menerbitkan matahari dari timur.

Bolehkah Raja Namrud menerbitkan matahari disebelah barat pula?” Beliaupun terpaksa mengaku kalah dengan logik nabi Ibrahim a.s. Dengan nada yang tinggi beliau mencabar Allah untuk menentangnya disebuah tempat tertentu. Beliau akan mengumpul seluruh bala tenteranya untuk berperang dengan Allah.

Kematian Raja Namrud

Raja Namrudpun mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap dengan senjata yang serba canggih untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s. Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu nyamuk atau serangga yang halus.

Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak mampu menepis serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi kulit tentera Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali.

Beliau bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi seekor nyamuk itu telah masuk keotaknya. Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau merana kerana otaknya dicucuk oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, nabi Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah kepada beliau.

Namun beliau tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya hilang.

Setelah beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang suruhannya untuk memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada kematian Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat serangan seekor nyamuk yang halus.

Sumber – Serombong Kapal, Wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *