Bersangka Buruk Bahawa Gelandangan Ada Niat Buruk, Apa Yang Terjadi Mengejutkan!

Apabila seorang lelaki di Florida melihat orang asing yang sedang melepak di dalam van mini, kawasan tempat letak kereta yang sama pada setiap hari dan juga setiap malam, dia mengesyaki orang itu berkemungkinan mempunyai niat yang tidak bagus.

Tetapi apabila lelaki itu melihat dengan lebih dekat apa yang sebenarnya berlaku, dia seperti tidak percaya bahawa gelandangan itu lakukan sesuatu yang menunjukkan kebaikan terhadap masyarakat di sana.

“Jadi saya biasanya meletakkan trak saya di kawasan letak kereta berhampiran rumah saya dan selalu melihat lelaki ini di dalam sebuah van mini. Dia kelihatan melepak dan merayau di sekitar tempat itu,” kata lelaki itu di Facebook.

“Saya beranggapan bahawa dia mempunyai niat untuk mencuri sesuatu… tetapi sejak sebulan berlalu, tidak ada terjadi apa-apa di kawasan tersebut.”

Suatu hari apabila lelaki itu mencuba beranikan dirinya untuk mendekati gelandangan tersebut.

“Pada 2 hari yang lalu, saya berjalan kaki menuju ke tempat lelaki ini menetap pada pukul 11 malam untuk memberi dia beberapa wang dolar untuk membeli makanan. Pada ketika itu dia sedang mempelajari beberapa buku panduan mekanik untuk menambah ilmu pengetahuannya.

Lelaki ini mengemis di mana-mana sahaja… dan dia akan tidur di dalam keretanya, cuba untuk memperbaiki dirinya dengan harapan agar dia akan mencari pekerjaan sebagai mekanik kereta.”

Seperti yang diketahui, orang asing itu bernama Loncelot Edwards, walaupun tidak mempunyai tempat tinggal, dia sebenarnya seorang mekanik kereta yang diiktiraf.

“Sebagai kerja pertama, saya mengupahnya untuk meggantikan minyak enjin kereta trak saya,” kata lelaki itu. “Loncelot menyerahkan kad namanya yang dibuatnya melalui perpustakaan awam dan menggunakan kertas biasa untuk mencetaknya.”

Melihat buatan kad tersebut, lelaki tersebut sedar bahawa dia harus menolongnya membuat sedikit perubahan pada kad namanya untuk membantu Loncelot.

“Saya telah membuat penambahbaikan terhadap kad namanya, dan mencetakkan sehingga 500 keping agar dapat membantu kerjayanya terus berjalan.”

Selepas memberikan kad nama baru, lelaki ini membuat keputusan untuk mengembangkan kerjaya Loncelot dengan mengongsikan kisah Loncelot.

“Sila hubungi Lancelot Edwards jika anda memerlukan kerja mekanik bebas di sekitar Selatan Florida! Juga, mana-mana kawan saya di sini dalam perniagaan yang melibatkan bengkel membaikpulih ingin menambah pekerja, lelaki ini mempunyai etika jalan kerja yang luar biasa.”

Loncelot bukan sahaja membawa maksud kegigihan untuk bekerja tetapi ia telah memberi inspirasi kepada lelaki ini. Dan juga lelaki ini juga memberi inspirasi kepada kita semua.

Nampaknya dengan berbuat kebaikan ia mempunyai sentuhan kesinambungan kepada orang lain. Diharap kisah ini akan dikongsi oleh anda semua sekiranya ia memberi anda inspirasi untuk menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.

Sumber – Bicara Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *