11 Mitos Tentang Gaya Hidup Mewah Warga Dubai Yang Ramai Orang Percaya!

Bandar Dubai sering dikaitkan sebagai sebuah simbol kemewahan dan kekayaan orang Arab dan umat Islam.

Seringkali kita melihat di internet tentang gaya hidup mewah di Dubai dengan ribuan sports car memenuhi jalan-jalan di sekitar bandar itu serta tabiat pelik penduduk di sana yang dikatakan terlampau mewah seperti seorang kerabat diraja.

Namun, apa yang ramai orang tidak tahu selama ini adalah bukan segalanya yang kita dengar tentang bandar di tengah-tengah padang pasir itu adalah benar belaka.

#1. Dubai merupakan kediaman ramai billionaire di dunia.

Terdapat 5000 orang billionaire USD di dunia ini dan hanya 20 orang daripada mereka ini tinggal di Dubai. Sebenarnya, pusat billionaire di dunia adalah Beijing dan diikuti dengan New York.

#2. Tiada kemiskinan di Dubai. Tiada langsung!

Mungkin data yang terkumpul tidak termasuk dengan pekerja asingy yang tinggal di bandar ini. Secara puratanya, pekerja asing yang tinggal disini meraih pendapatan sekitar USD200-USD350.

Manakala, pelan telefon yang paling murah adalah USD30. Kehidupan di sini sangat mahal dan ramai yang terpaksa berkongsi bilik dengan orang lain kerana tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.

#3. Dubai merupakan tempat yang bagus untuk membesarkan anak-anak.

Kebanyakkan mereka yang berkerja di sini terpaksa meninggalkan anak-anak mereka di negara kelahiran mereka kerana tidak mampu untuk membayar kos pengajian yang tinggi di sini yang menelan belanja sekitar USD100,000 untuk tempoh 11 tahun.

#4. Dubai merupakan sebuah negara yang bebas.

Dubai sebenarnya merupakan salah sebuah wilayah di dalam UAE. Terdapat 7 buah wilayah lain yang dipanggil sebagai Emiriah di dalam UAE yang diperintah oleh Emir yang berbeza.

#5. Tiada arak dan minuman beralkohol dijual di Dubai.

Minuman alkohol dibenarkan untuk pelancong dan orang bukan Islam dan untuk membelinya, anda memerlukan sebuah kad khas ataupun visa pelacongan.

Para pelancong boleh bebas menikmati minuman beralkohol di dalam hotel, kelab malam dan bar yang berjumlah lebih 500 buah di Dubai.

#6. Tiada pengangguran di Dubai. Tiada!

Puncanya mudah sahaja. Pekerja asing yang tanpa visa pekerjaan akan dihantar pulang dalam tempoh 30 hari.

#7. Dubai merupakan sebuah bandar yang bersih dan mesra alam.

Dengan peningkatan jumlah penduduk di bandar ini dan projek pembangunan yang dibina tanpa henti serta kekurangan sumber air yang bersih, adalah mustahil untuk Dubai diiktiraf sebagai sebuah bandar yang bersih, apatah lagi mesra alam.

#8. Cuaca sentiasa baik di Dubai.

Dubai merupakan sebuah bandar yang terletak di tengah-tengah padang pasir dengan suhunya yang mencecah setinggi 48°С. Manakala, langit pula berwarna kelabu disebabkan oleh jumlah debu pasir yang banyak di udara.

#9. Polis di Dubai hanya menggunakan kereta mewah untuk meronda di sekitar bandar itu.

Ramai orang yang percaya bahawa polis di Dubai hanya menggunakan Lamborghini dan Bentley sebagai kereta peronda di bandar itu.

Hakikatnya, terdapat banyak lagi model kenderaan lain seperti BMW, Audi dan Toyota yang digunakan sebagai kenderaan peronda di sana.

#10. Cheetah dan singa merupakan haiwan peliharan yang paling popular di Dubai.

Memelihara haiwan liar seperti Cheetah dan singa merupakan suatu kesalahan di Dubai. Mereka yang ditangkap akan dipenjarakan selama 6 bulan ataupun didenda dari USD2,700 sehingga USD138,000.

#11. Hanya bangunan pencakar langit wujud di Dubai.

Meskipun pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi giat dibinakan untuk dijadikan kediaman dan tempat tinggal, namun penduduk tempatan masih memilih untuk tinggal di dalam villa milik mereka yang jauh lebih selesa daripada tinggal di dalam bangunan setinggi 168 tingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *