Anak Mati Kerana Serangan Jantung, Tetapi Keputusan Autopsi Menunjukkan Sebaliknya!

Pada Oktober lepas, seorang pelajar Sekolah Persediaan Akademik Angkatan Tentera telah ditemui mati dengan beberapa organ dalamannya hilang.

Ibu bapanya kini menuntut penjelasan dari pihak sekolah setelah keputusa autopsi menunjukkan bahawa jantung, perut, otak dan pundi kencing anaknya hilang dan tengkoraknya disumbat dengan tisu.

Pelajar tersebut, Pakapong Tagang, 18 tahun adalah pelajar tahun pertama di sekolah berprestij it dan telah meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.

Ibu bapanya, Piche dan Sukanya Tanakan, memberitahu bahawa kematian anaknya mencurigakan kerana sijil kematiaanya mengesahkan anaknya mati kerana serangan jantung.

Kerana curiga dengan perkara ini, pasangan terbabit telah melakukan autopsi secara rahsia di Chonburi dan membawa mayat anak mereka keluar tanpa pengetahuan sesiapa, dan peti mayat dibiarkan kosong di kuil.

Autopsi juga mendedahkan bahawa tulang rusuknya patah, begitu juga tulang leher dan terdapat lebam dalaman di perut dan belakang badan anaknya.

Doktor berkata kebarangkalian untuk tulang rusuknya akibat dari dipukul sebelum kematiannya adalah tinggi.

Ibu bapa mangsa menuntut jawapan atas kematian anaknya dan meminta agar organ dalaman anaknya dikembalikan.

Pasangan tersebut memberitahu bahawa sebelum ini anaknya pernah bercerita tentang hukuman yang diterimanya punc dari masalah disiplinnya yang teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *