Berpendapatan 44 Juta Setahun, Budak Lelaki 6 Tahun Ini Berjaya Menjana Pendapatan Dengan Video Review Mainan Di Youtube.

Jutawan pada usia yang muda? Sudah tentu menjadi idaman semua orang. Tapi lain pula mengenai kisah kanak cilik bernama Ryan ini. Walaupun hanya berusia 6 tahun, dia telah menjadi bintang Youtube yang boleh menghasilkan jutaan ringgit dalam masa setahun.

Ryan bersama keluarganya mengendalikan satu program menerusi Youtube iaitu Ryan ToysReview dimana setiap video yang dihasilkan adalah dengan memberi komen dan pandangan mengenai barang-barang permainan yang digunakan.

Pada tahun 2017, bintang berasal dari Amerika Syarikat ini telah diiktiraf oleh Forbes sebagai individu yang memperoleh bayaran tertinggi dalam lingkungan USD11 juta dikalangan bintang Youtube.

Ryan ToysReview mula mendapat perhatian pada Julai 2015 ketika video pertama kanak cilik itu menjadi viral dengan jumlah lebih dari 800 juta tontonan.

Menurut ibu Ryan, Loann berkata anaknya itu sangat meminati saluran Youtube mengenai permainan seperti EvanTubeHD and Hulyan Maya. Bermula dari situ, Ryan mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap sesuatu permainan.

Dengan pendapatan yang diperoleh sangat lumayan, ibu-bapa jutawan cilik itu akan terus mengurus saluran Youtube mereka dan menghasilkan video-video yang lebih menarik untuk peminat anaknya.

Sumber – Taiko TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *