Demi Cucunya, Seorang Lelaki Sanggup Mengembara Sejauh 300 km Semata-Mata Mahu Melihat Cucunya Bergraduasi.

Seorang lelaki tua yang merupakan orang Asli sanggup mengembara sejauh 3,219 km dari sebuah pulau terpencil yang terletak di timur laut Arnhem ke Healesville, Australia untuk mempersembahkan tarian istimewa sempena majlis graduasi cucunya.

Gali Yalkarriwuy Gurruwiwi telah menaiki penerbangan dari Pulau Elcho dan tiba ke Kolej Orang Asli Worawa di Australia bagi meraikan kejayaan cucunya, Sasha yang telah menuntut di sana sejak dua setengah tahun yang lalu.

“Ini adalah impiannya untuk menari bersama cucunya di sini,” kata isteri kepada Gali iaitu Jane Garrutju.

Gali merupakan ketua Yolngu Mala yang dikenali sebagai penari Bintang Pagi.

“Apabila pelancong datang ke Pulau Elcho, datuk saya akan menari bersama-sama dengan semua cucunya,” kata Sasha.

Menurut Jane, keluarganya mengambil keputusan untuk menghantar Sasha ke Kolej Worawa kerana mahu memberikannya peluang untuk mencapai cita-citanya.

Tambah Jane lagi, “Gali sangat tegas dalam mendidik semua cucunya untuk berpegang pada asal usul dan mampu menyeimbangkan budaya Barat dan juga budaya asal kami”.

Jelas Sasha, “Saya suka memburu, mencari tiram, memancing dan menari tarian tradisional, kami menggelarnya sebagai bunggul. Saya sangat rindukan semua itu”.

Di samping itu, Sasha turut menyatakan bahawa dia fasih dalam tiga bahasa Asli serta dapat mempelajari beberapa budaya daripada puak yang lain sewaktu menuntut di kolej berkenaan.

Sasha turut memaklumkan akan menamatkan pelajaran di Kolej Orang Asli Clontarf dan memasang cita-cita untuk menjadi seorang jururawat yang berkhidmat kepada masyarakatnya dan juga warga Melbourne.

Bagus betul Sasha ya? Dia langsung tidak malu dengan budaya dan juga keturunannya malah bersikap bangga kerana mampu mengadaptasi kedua-dua budaya barat dan AslI.

Sumber – Warta Hud-Hud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *