Disangka Ada Teman Lelaki Lain, Wanita Dipenggal Guna Sabit Oleh Kekasihnya!

PENARI dan model sambilan dipenggal kepala oleh kekasihnya dengan sabit yang mengesyaki wanita itu mempunyai teman lelaki lain di Maharashtra, Gujarat, India, Selasa lalu.

Kejadian berlaku di rumah ladang lelaki berkenaan, Pritesh Patel, 30, di Timba, berhampiran bandar Surat, India.

Wanita itu, Jyoti Surjeet Singh mengunjungi Pritesh yang sudah beristeri di ladang berkenaan, bagi meraikan sambutan hari jadi kekasihnya itu pada 27 Disember.

Daily Mail melaporkan, menurut polis, Jyoti dan Pritesh kemudian ke Mumbai pada 28 Disember untuk menyambut Tahun Baru sebelum pulang ke Timba pada 1 Januari. Keesokannya, Jyoti ke ladang berkenaan dihantar pemandunya, Sandeep dan isteri.

Pertengkaran berlaku antara Jyoti dan Pritesh dan menurut laporan media tempatan, lelaki berkenaan memenggal kepala Jyoti dengan sabit sebelum melarikan diri.

Sandeep dan isterinya turut melarikan diri kerana bimbang diserang Pritesh dan mereka kemudian membuat laporan polis.

Pritesh Patel, 30, mengesyaki Jyoti mempunyai hubungan dengan lelaki lain. – Foto Daily Mail.
Ketika soal-siasat, Pritesh memberitahu polis dia sudah membelanjakan banyak wang untuk Jyoti sebagai wanita simpanannya namun mengesyaki wanita itu ada hubungan dengan lelaki lain.

Media melaporkan, hubungan Pritesh dengan isterinya juga terjejas berikutan hubungan sulitnya dengan Jyoti.

Pritesh mengenali Jyoti kerana sering mengunjungi pusat hiburan di Mumbai, tempat wanita itu bekerja sebagai penari.

Sumber – MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *