Kerana Tiada Nilai, Wang Kertas Venezuela Digubah Jadi Kraftangan Untuk Dijual!

Berikutan krisis ekonomi yang melanda Venezuela, matawang negara itu, Bolivar telah menjadi tidak mempunyai nilai sehingga wang kertas matawang itu dilihat dibuang ditepi-tepi jalan tanpa dihiraukan oleh orang ramai.

Memandangkan duit Bolivar mereka sudah tidak mempunyai sebarang nilai lagi, masyarakat di sana telah mengubahkannya menjadi sesuatu benda yang berharga untuk dijual bagi mendapatkan matawang asing.

Wilmer Rojas, 25 tahun yang sebelum ini menggunakan wang kertas Bolivar untuk membeli barang-barangan kini telah menjadikan wang kertas itu sebagai beg tangan, beg duit, bakul dan topi yang digayakannya dalam pelbagai bentuk origami yang kreatif.

Menurut beliau, di antara bahan-bahan lain yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk membuat hasil kraftangan seperti surat khabar lama dan juga majalah lama, wang keras Bolivar merupakan bahan yang terbaik kerana ianya tidak memiliki sebarang nilai berbanding dengan kedua-dua bahan tadi itu.

Tambah Rojas lagi, sebiji gula-gula yang dijual kini tidak boleh dibeli dengan sekeping atau pun sepuluh keping wang kertas Bolivar, namun hasil kraftangannya bernilai lebih mahal berbanding dengan sebiji gula-gula itu dengan nilai jualan lebih kurang 300,000 Bolivar yang mencukupi untuk membeli sekilo daging.

Selain daripada menjadikan wang kertas itu sebagai origami, terdapat juga seorang lelaki yang berusia 26 tahun di sana yang melukis di atas wang kertas itu untuk dijual sebagai hasil seni kepada orang ramai.

Sumber – Taiko TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *