“Letak Selendang, Tangkap Gambar, Paksa Bayar”- Cara Terbaru Sindiket Perdayakan Jemaah

Manusia-manusia dalam bulatan yang saya kuningkan dibawah merupakan sendikit memaksa jemaah membayar sejumlah wang.

Mereka berlegar aktif di kawasan Jabal Rahmah di Arafah. Ketika jemaah sedang leka naik tangga Jabal Rahmah mereka secara tiba-tiba akan meletakkan selendang diatas kepala anda dan terus snap gambar dan siap print.

Selepas print mereka akan terus tunjuk pada anda dan memaksa anda bayar. Sekeping gambar 30 Riyal mereka minta.

Jemaah saya kena pagi tadi, dan saya cari budak2 ni semula dan tengking mereka (dalam bahasa arab). Saya minta mereka serahkan semula wang jemaah saya. Selepas ditengking baru mereka serahkan semula wang tersebut. Dia jangan ingat kita tak pandai cakap arab

Ada seorang jemaah malaysia kita tadi juga mereka ni pijak duit pak cik tu.

Rakan fb saya boleh ambil perhatian dan tag rakan2 atau saudara anda yang akan mengerjakan umrah dalam waktu terdekat ini.

Sila share jika ia bermanafaat untuk jemaah lain.

Syukran kathir semua. -Kredit Mohd Firdaus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *