Senarai Pemimpin Negara Paling Popular di Media Sosial, Malaysia Turut Tersenarai!

Seramai 10 pemimpin dunia dikenal pasti dalam hasil kajian platform antarabangsa, Cuponation.

Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Linkedin dan YouTube antara sebahagian media sosial arus perdana yang digunakan penduduk seluruh dunia. Saban tahun jumlah ini meningkat selari dengan peredaran zaman.

Kawasan urban mahupun pedalaman, majoritinya kini mempunyai akses Internet, sekali gus membolehklan capaian terhadap dunia media sosial ini digunakan sepenuhnya. Ia diibaratkan penghubung antara satu dunia kepada dunia yang lain.

Sebab itulah, adakalanya status seseorang itu dinilai melalui jumlah rakan dan pengikut sesuatu platform media sosial. Pelakon, penyanyi mahupun model antarabangsa, bayaran mereka ada yang berdasarkan jumlah pengikut mereka.

Namun itu kisah selebriti, bagaimana pula dengan pemimpin atau ahli politik dunia? Sejauh mana golongan ini menempuh benteng platform konvensional dan beralih kepada dunia digital?

Jika ya, siapa pula yang menduduki tangga pertama jumlah pengikut paling ramai? Rojak Daily Skop! senaraikan 10 pemimpin paling popular di media sosial!

1. Narendra Modi – India

Narendra Damodardas Modi merupakan ahli politik India yang dipilih sebagai Perdana Menteri India ke-16. Mula berkhidmat sejak Mei 2014, Narenda kini dinobatkan sebagai pemimpin paling popular di media sosial dengan jumlah pengikut seramai 97 juta.

Facebook: 43 juta
Twitter: 39 juta
Instagram: 11 juta
YouTube: 779,664
Linkedin: 245,2567

2. Donald Trump – Amerika Syarikat

Bekas ahli perniagaan dan personaliti televisyen ini dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45. Memulakan tugas pada 20 Januari tahun lalu, Trump antara pemimpin dunia yang popular ketika ini dengan jumlah pengikut keseluruhan sebanyak 78 juta.

Facebook: 23 juta
Twitter: 47 juta
Instagram: 8.3 juta
YouTube: 11,0246

3. Pope Francis – Vatican City

Pemimpin agama Vatican City, Pope Francis ini juga antara yang popular di media sosial. Dilantik sebagai ‘ Pope of the Catholic Church’ pada 13 Mac 2013, jumlah pengikut keseluruhan di media sosialnya adalah 49 juta.

Twitter: 44 juta
Instagram: 5 juta

4. Joko Widodo – Indonesia

Presiden Indonesia ketujuh ini dilantik pada 20 Oktober 2014 dan sehingga kini masih memegang jawatan berkenaan. Turut popular di Malaysia, presiden berusia 56 tahun ini mempunyai pengikut seramai 25 juta.

Facebook: 7 juta
Twitter: 9 juta
Instagram: 7 juta
YouTube: 463,142

5. Recep Tayyip Erdogan – Turki

Presiden Turki ke-12 ini berada di tangga ke lima sebagai pemimpin paling popular di media sosial. Memenangi pilihan raya umum Turki pada tahun 2007 dan 2011, pengikut media sosial beliau mencecah seramai 24 juta.

Facebook: 8.9 juta
Twitter: 12.3 juta
Instagram: 31.8 juta

6. Sheikh Mohammed – Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed Rashid Al Makhtoum yang juga wakil presiden dan Perdana Menteri UAE. Beliau mempunyai jumlah pengikut keseluruhan sebanyak 14 juta.

Facebook: 3.7 juta
Twitter: 8.6 juta
YouTube: 89,054
Linkedin: 171,3051

7. Justin Trudeau – Kanada

Perdana Menteri Kanada ini pernah tular kerana wajahnya yang tampan selain memegang jawatan sebagai pemimpin di usia yang muda iaitu 43 tahun. Beliau kini berusia 46 tahun dan jumlah pengikutnya adalah 13 juta.

Facebook: 5.5 juta
Twitter: 3.9 juta
Instagram: 1.9 juta
Linkedin: 1.9 juta

8. Enrique Peña Nieto – Mexico

Memegang jawatan presiden Mexico yang ke-57, Enrique Peña Nieto atau ENP ini mempunyai latar belakang sebagai peguam. Beliau mempunyai pengikut seramai 13 juta.

Facebook: 5.5 juta
Twitter: 7 juta
Instagram: 309,105
YouTube: 129,968

9. Dmitry Medvedev – Russia 

Ahli politik Russia ini dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2008 dan sehingga kini beliau mempunyai pengikut sebanyak 11 juta.

Facebook: 1.4 juta
Twitter: 5.6 juta
Twitter 2: 1.1 juta
Instagram: 2.9 juta

10. Mauricio Macri – Argentina 

Presiden Argentina ini dilantik sebagai pemimpin negara itu pada 2015. Merupakan bekas jurutera sivil, jumlah pengikutnya sebanyak 10 juta.

Facebook: 4.5 juta
Twitter: 4.7 juta
Instagram: 768,590
YouTube: 30,941

BAGAIMANA KEDUDUKAN PEMIMPIN MALAYSIA?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berada di kedudukan ke-34 dengan jumlah pengikut merangkumi Facebook, Twitter, Instagram, YouTube sebanyak 7.7 juta.

Facebook: 3.3 juta
Twitter: 4 juta
Instagram: 372,464
YouTube: 10,622

Untuk makluman anda terdapat 353 jumlah pemimpin dari seluruh dunia merangkumi 197 negara. Seramai 322 daripadanya adalah lelaki dan hanya 31 wanita.

Anggaran umur adalah sekitar 61 tahun dan paling muda Sebastian Kurz, Federal Chancellor berusia 31 tahun manakala paling tua dipegang Ratu Elizabeth II berusia 91 tahun.

Data yang dipaparkan ini disediakan platform penjimatan dalam talian, Cuponation! Menerusi platform ini anda boleh berjimat ketika melakukan pembelian secara atas talian membabitan pelbagai barang daripada pelbagai jenama.

Cuponation kini telah beroperasi di lebih 17 negara termasuk Jerman, Austria, Switzerland, Perancis, Itali, Brazil dan India. Maklumat lanjut boleh melayari ke laman sesawang Cuponation.

Sumber – Rojak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *