Rawang Bypass, Lebuhraya Terbaru Paling Tinggi Di Malaysia Dengan Ketinggian 60M.

Tinggi kan highway ni?

 

 

Perkenalkan Rawang Bypass, lebuh raya paling tinggi dan pastinya paling menggayatkan di Malaysia yang terletak di Selangor.

Lebuh raya sepanjang 23 kilometer ini merupakan jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah bertujuan bagi mengatasi kesesakan melampau di Bandar Rawang.

Dengan ketinggian maksimum 60 meter, Rawang Bypass adalah antara projek yang paling kompleks dan paling sukar dalam sejarah pembinaan lebuh raya di Malaysia.

Lebih hebat, lebuh raya ini direka oleh arkitek tempatan, Tuan Haji Radzali Mokhtar. Menurut sumber dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Rawang Bypass dibina secara bengkang-bengkuk bagi meminimakan impak terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.

Laluan ini dibina merentasi kawasan hutan tebal yang merupakan habitat pokok Giam Kanching, sejenis spesis pokok unik yang tidak terdapat di mana-mana hutan di seluruh dunia. Disebabkan itu, setiap batang pokok ialah khazanah negara yang perlu diselamatkan dan dijaga sehabis baik daripada ditebang.


Pembinaan Rawang Bypass mampu memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak dari 2 jam kepada 30 minit sahaja!


Sebenarnya, pembinaan lebuh raya ini terpaksa ditangguhkan selama 2,132 hari (hampir enam tahun) berikutan prosedur kerja dan proses pihak ketiga yang berada di luar bidang kuasa JKR.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini sepatutnya siap dibina pada tahun 2008 pada mulanya.

“Projek pembinaan lebuh raya empat lorong ini bermula pada 16 Julai 2005 dan dijangka siap pada 12 Januari 2008 dengan kos permulaan RM203.47 juta.

“Bagaimanapun, beberapa Perjanjian Tambahan ditandatangani termasuk peruntukan khas untuk perubahan harga tenaga kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal telah memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan sebanyak RM390 juta,” katanya seperti yang dipetik dari The Sun Daily.

Pemanduan di Rawang Bypass bakal memberi pengalaman yang unik kepada pengguna jalan raya apabila berada separas puncak pokok atau lebih tinggi
Selain itu, pengguna juga akan melaui bawah talian kabel pencawang elektrik.

 

Sumber –JKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *