Baru Berusia 2 Tahun, Tapi Sudah Menghafal 42 Surah Al-Quran.

Kuala Lumpur: “Bacaan al-Quran menemani hidup anak saya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari,” kata Nurul Shahida Lukman, 27, mengenai anaknya Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang berusia dua tahun lapan bulan.

Kaedahnya dan suami Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri, 30, memberi kesan memberangsangkan apabila anak tunggal mereka itu kini mampu menghafal 42 surah termasuk semua ayat lazim Muqadam.


AHMAD Ziyyad mampu hafal 42 surah al-Quran.

Tonton video Ahmad Ziyyad membaca Al-Quran disini.

“Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.

“Jadi kami sering membaca dan mendengarkan bacaan al-Quran kepadanya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sumber – MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *