Berpakaian Seksi Di Dalam Masjid, Gadis Ini Tidak Berpuas Hati Dihalau Keluar!

Sudah menjadi kewajipan bagi wanita untuk berpakaian menutup aurat dan sopan apabila memasuki kawasan masjid supaya menghormati tempat-tempat ibadah.

Namun baru-baru ini, satu posting dan sekeping gambar menjadi tular di laman media sosial mengenai seorang gadis yang ditahan sebelum dihalau keluar dari masjid kerana berpakaian tidak menutup aurat.

Berikutan insiden itu, seorang pensyarah Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar telah tampil berkongsi pendapat beliau mengenai isu tersebut.

Perlukah feminist provokatif sebegini?

Semata-mata untuk membuktikan agama suka menghukum? Jika kita sudah tahu peraturan, adab yang digariskan, kenapa perlu sengaja melanggar peraturan yang telah digariskan sejak dari awal, kemudian menuduh masjid tidak mesra, tidak berdakwah.

Non-Muslim juga menghormati rumah ibadat kita. Tidak sama orang yang masuk masjid dalam keadaan dia tidak tahu peraturan, dengan seorang Muslim yang sudah tahu peraturan tapi sengaja melanggarnya, berselfie dan menghebahkan kepada dunia, berbangga berpakaian menjolok mata di masjid.

Memprovokasi, menimbulkan kemarahan orang ramai, kemudian membentak orang yang menegur sebagai menghukum, membawa “victim mindset” sudah menjadi modus operandi feminist yang memualkan.

Sumber : Rafidah Hanim Mokhtar, Bani Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *