Dijadikan Inspirasi Untuk Watak Mia Dalam Papadom, Inilah Mia Sara Anak Kepada Afdlin Shauki Yang Sudah Remaja.

Jika anda pernah menonton filem Papadom,anda pasti akan tahu bagaimana watak ayah dalam filem itu yang di bawa oleh Datuk Afdlin Shuki telah menyentuh hati ramai orang.

Filem Papadom mengisahkan seorang lelaki yang kematian isteri selepas melahirkan anak menjadi seorang ayah yang sangat protektif terhadap puteri tunggalnya demi memegang amanah yang di tinggalkan oleh isteri ketika hujung hayatnya.

Watak Mia Sara yang di bawa dalam filem itu telah di lakonkan Oleh Liyana Jasmay. Papadom di ambil sempena nama Dom(Papa Dom) dan kebetulan dia juga ada menjual nasi kandar dan papadum. Mia Sara tidak tahu yang ayahnya sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia selamat termasuklah menyamar di mana-mana tempat yang di tuju oleh Mia.

Watak Mia Sara itu sebenarnya di ambil dari anak kandung Afdlin sendiri yang bernama Mia Sara. Afdlin juga turut mencipta sebuah lagu bertajuk Mia Sara untuk anaknya dan di gunakan sebagai soundtrack kepada file Papadom. Inilah dia Mia Sara yang sebenarnya yang sudah makin dewasa.

Sumber :  Dunia Web!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *