Kenali Anak Gadis Selebriti Tempatan Yang Berhijab Dan Cun Belaka!

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Apabila seseorang itu bergelar selebriti atau public figure, secara tidak langsung ahli keluarga mahupun anak-anak mereka turut terkena tempias dunia glamor.

Kalau lihat situasi kehidupan selebriti luar negara khususnya di Hollywood, memang agak menakutkan. Setiap hari gerak-geri mereka diperhatikan oleh ‘paparazzi’ yang dahagakan foto-foto eksklusif bintang terkenal.

Meskipun di Malaysia senario tersebut jarang sekali berlaku kepada anak seni namun insan terdekat dengan artis berkenaan seperti isteri, suami dan adik-beradik termasuk anak-anak turut menjadi perhatian umum.

Itulah yang berlaku kepada tiga gadis cantik yang juga merupakan anak kepada selebriti terkenal tanah air ini. Disebabkan populariti ibu bapa, sedikit sebanyak rutin kehidupan mereka turut diketahui masyarakat. Lebih-lebih lagi jika anak-anak gadis ini memiliki raut wajah yang cantik dan disulami dengan kerjaya yang cemerlang. Confirm ramai yang ternanti-nantikan perkembangan mereka.

Yang paling penting, anak selebriti yang akan kami kongsikan ini memang cun habis. Kalau dah mak cantik atau ayah hensem, mesti la anak pun hot!

Jom tengok. Mana tahu ada yang berani nak masuk meminang!

1)DR PUTERI JULIA NABILAH – ANAK DATO’ ZIELA JALIL

Salah seorangnya ialah puteri sulung kepada pengarah terkemuka, Dato’ Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah. Mewarisi kecantikan ibu tersayang, figura ini mula menjadi bualan apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perubatan sekaligus melayakkannya membawa gelaran doktor.

Baru berusia 25 tahun, Dr Puteri Julia adalah seorang wanita Melayu yang sarat dengan kesantunan dan pintar. Memang cantik dan bijak!

2)NUR ALYA IMAN – ANAK AZMIL MUSTAPHA

Bergelar anak kepada pelakon lelaki, Azmil Mustapha yang kini dikenali ramai sebagai pendakwah nyata bukan mudah bagi Nur Alya Iman Mohd Azmil ini. Dia yang kini berusia 17 tahun mula berjinak-jinak sebagai model peragaan seawal usia 13 tahun.

Berbekalkan ketinggian 170 sentimeter dan wajah yang cantik, Alya sering menghiasi kempen promosi dan produk pelbagai jenama fesyen muslimah.

3)MARISSA DANIA HAKIM – ANAK NORMAN HAKIM & ABBY ABADI

Masih hangat dengan isu viral tentang kecantikan yang dimiliki, anak gadis kepada Norman Hakim dan Abby Abadi ini memang lawa orangnya. Baru berusia 13 tahun, perwatakan Marissa Dania yang bertudung litup dan pemalu serta dikurniakan kulit putih kemerah-merahan ini berjaya mencuri tumpuan para netizen.

Malah, sejak fotonya bertebaran di Internet Norman turut mengakui menerima banyak mesej daripada jejaka yang menyimpan hasrat untuk menyunting anak gadisnya itu. Sampai begitu sekali ‘tarikan’ Marissa!

4) NUR ANIS – ROSYAM NOR

Dalam diam rupa-rupanya Rosyam Nor memiliki ‘taman bunga’ di rumahnya. Baru berusia 23 tahun, gadis jelita ini mengusahakan butik muslimah, Bidadari Contemporary. Bukan calang-calang anak Rosyam ni!

5)Normala Samsudin & Ruhila Roslan

Siapa yang tidak mengenali bekas pengacara tersohor Nona, Normala Samsudin yang memang cantik jelita. Tidak hairanlah jika beliau memiliki anak yang cantik sepertinya. Macam kakak dengan adik dah.

6) NYSSA – SITI NORSAIDA

Kakak kepada penyanyi popular tanah ini memang memiliki rupa paras yang menawan. Anak daranya juga pun memang cukup cantik. Muka memang sama sangat. Tak nampak macam mak dengan anak.

Sumber – Sweet Nutella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *