Lecturer Takde Pengalaman Mengajar Asyik Tunjuk Slide Je?

“Kesian student utk masa hadapan…diri kau tu dah lepas, kau kena fikir masa depan.” – Hafidz Moro

Kami yakin, sebagai seorang pelajar pasti anda mempunyai favorite lecturer masing-masing bukan?
Mungkin anda merasakan pensyarah favorite anda sangat best ketika mengajar kerana mereka sering bercerita mengenai pengalaman mereka terutama pengalaman bekerja.

Sebenarnya perbezaan cara mengajar sesetengah pensyarah juga dipengaruhi pengalaman yang pernah dilalui oleh mereka.

Ada yang berpendapat pensyarah yang pernah ada pengalaman bekerja mempunyai cara mengajar yang lebih efektif berbanding dengan pensyarah yang tiada langsung pengalaman bekerja.

Anda setuju dengan pendapat ini? Apa kata kita baca sedikit luahan seorang pengguna Facebook, Hafidz Moro mengenai isu ini:

Bukan nak kata..tapi ramai yg macam ni. Kadang2 kesian student..belajar benda yg lecturer dia belajar/apply 5-8thn dulu. Tanyala mana2 student, mereka suka kalau lecturer tu ada pengalaman kerja..memang lain pendekatan dgn ilmu yang diberi.

Sebab? Sebab dia pernah hands-on…project yg dia pernah buat LIVE dan mengambil kira faktor komersil. Berbanding dgn yg takde pengalaman kerja, bagi assignment FYP pun advice dgn pendekatan syok sendiri..bila budak lari sikit dr objektif, terus hentam budak..ye lah sebab dia taktau perkara sebenar..bertahun2 ikut buku, mengajar pun ikut buku…

My wife sendiri pun tgh amek Master, kelas yg lecturer tak pernah kerja tu keras gila..asyik tunjuk slide je, slide recycle..pastu takde cerita pengalaman troubleshoot system or business..kalau dia kata A, dia nak student dia pun buat A..takde mencuba teknik B takde C. Semua kena ikut teori.

Bila student atau lecturer lain tegur atau bertanya lebih sikit dr pengetahuan lecturer tu..lecturer melatah, pastu sentap, pastu berdendam. Yang jadi mangsa? Student…sebab nak jaga ego dia. Yang dikejar apa?

SETARA, gold medal invention innivation, pastu jadi speaker talk sana-sini, buat projek nak masuk paper masuk majalah..bangga senyum jaguh kampung dalam kampus, pujian kalangan akademik…tapi hakikat?

Solve benda hands-on pun tak pernah…kelas lecturer yg pernah kerja diluar, sentiasa penuh..sebab ada bnyk teori dan pengalaman yg boleh share skali..


Ada yg terasa? Kalau terasa..berubahlah. Aku pun lecturer juga..tapi dah 2x keluar masuk academic dgn industry. Kalau kau jadi pensyarah sekalipun, jadilah sekurangnya advisor atau associate dengan syarikat luar..buat sesuatu dalam industri.

Benchmark diri tu, kau faham dunia akademik kau aje ke? Sampai bila? Jangan pulak bila ada kawan pensyarah yg buat job luar dalam industri ko menganjing jealous..”uuuu asyukk asyukkk..die lain laaa…asyukkk” …bengong, move your ass and start doing something laaa..yg kau tercegat selesa lagi kt situ buat apa? Tunggu pencen?

Bila kat industry, topup knowledge..bila balik academic, bagi balik pada student..student akan lebih berani untuk explore benda baru.

Ingat, student bukan perlukan ‘Tunjuk Ajar’ yg ko tunjuk dan ajar ikut acuan ko…tapi ko kena ‘Pupuk dan Guide’ untuk dia buat sesuatu yg baru tapi dengan asas fundamental yg kukuh dan sesuai dgn kehendak industri. Kesian student utk masa hadapan…diri kau tu dah lepas, kau kena fikir masa depan.


Gambar sekadar hiasan.

Padan dengan universiti pun, nak selamat nak playsafe dengan requirement KPT dan MQA..amek je lecturer yg ada PHD dgn Master. Walaupun pengalaman kerja takde, still amek asalkan cukup kuota jumlah pendidik dalam satu uni dan fakulti.

Just nak buat kerja senang..padahal ramai yg ada phd, master dan degree yg ade pengalaman dan nak mengajar dan bantu students…tapi sebab bugdet kau nak lecturer murah dan nak selamatkan diri dari kenansembur dgn VC dan CEO kolej kau amek je lecturer yg sebelum ni pun lecturer tak oernah kerja..janji ikut kuota.

Yg dah terpilih masuk jd lecturer lepas tu baik dengan dekan, baik dgn pentadbir..apa je dekan cakap semua betul walaupun student tak dapat apa yg mereka nak…sebab? Sebab nak jaga hati dekan yg pilih dia masuk keje situ…

Sekarang ni Universiti pulak dah tak dpt banyak peruntukan..skrg Universiti dah kena buat projek macam2 utk sustain. Dah mula dah lecturer bising kena buat projek itu buat projek ini..kena buat research itu research ini..kerja banyak? Kerja blk lewat? Gaji ciput?

Abis yg kat industri ni best laa? Its about time fikir positif..bila universiti kena cari duit utk sustain organisasi means die kena sustain gaji kau..mengajar pun mesti kaw-kaw sambil tu kau buat project untuk update knowledge diri..dan sambil tu menyumbang utk student buat projek sama2 dan menguntungkan universiti..be active, participate!

Jangan buat sesuatu utk ambik hati dekan, ketua program dgn VC je..buat utk diri sendiri dan jugak manfaat utk students..

Yang nak hidup senang selesa tu kau (lecturer), yang nak belajar dan nak mengubah dunia tu student. Jangan salahkan system pendidikan je..renung juga diri tu dah buat apa. Bagi yg dah buat sesuatu tu..tahniah!! Bagi yg belum..masih belum terlewat untuk upgrade diri..

Sumber- Hafiz Moro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *