Senarai 10 Kemalangan Terbesar Dan Termahal Di Dunia!

Kemalangan adalah sesuatu yang tiada siapa di antara kita mahukan. Ia menjadi mimpi ngeri kepada setiap manusia. Namun, ia adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan. Bak kata pepatah orang tua, malang tidak berbau. Jika kita boleh tahu bila berlakunya kemalangan, maka tidak akan wujudlah perkataan kemalangan.

Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 10 kemalangan yang termahal pernah direkodkan dalam sejarah dunia.

10. Tenggelamnya kapal RMS Titanic, 1912 (RM642 juta)

Juga merupakan antara kemalangan yang paling terkenal dalam sejarah dunia. Ini disebabkan oleh penghasilan filem oleh direktor James Cameron yang juga filem yang mengutip keuntungan kelima tertinggi di dunia.

Kapal yang dikatakan tidak akan tenggelam walaupun dengan kuasa tuhan, oleh pembuatnya iaitu Harland and Wolfff ini tenggelam dalam pelayaran sulungnya daripada Southampton, England ke New York City, Amerika Syarikat.

Kejadian malang itu terjadi selepas kapal mewah ini bertembung dengan iceberg pada jam 11.40 malam (waktu kapal) dan telah mengorbankan lebih daripada 1,500 orang penumpang.

The Titanic dianggap sebagai salah satu pengangkutan laut yang paling mewah dan mahal pernah dihasilkan. Kosnya menelan belanja RM30 juta pada 1909, bersamaan RM642 juta kini.

9. Lori tangki minyak meletup di jambatan Wiehtal, 2004 (RM1.5 billion)

Pada 26 Ogos 2004, sebuah lori tangki minyak yang membawa 32,000 liter minyak telah bertembung dengan sebuah kereta di jambatan Wiehltal di Jerman.

Lori tangki berkenaan meranapkan rel penghadang tepi jambatan tersebut dan jatuh daripada lebuhraya A4 tersebut.

Letupan tersebut telah menghancurkan jambatan tersebut dan kos pembaikan sementara berharga RM171 juta manakala kos menggantikan jambatan tersebut melibatkan kos sebanyak RM1.3 billion. Kemalangan ini merupakan kemalangan yang termahal pernah dicatatkan dalam sejarah Jerman.

8. Perlanggaran keretapi di Chatsworth, 2008 (RM2.14 billion)

25 daripada 222 orang penumpang terbunuh apabila keretapi Metrolink terlibat dalam perlanggaran dengan keretapi barang tempatan Union Pacific pada 12 September 2008.

Kemalangan itu berlaku selepas keretapi Metrolink baru sahaja meninggalkan stesen Chatsworth lebih kurang 2 kilometer.

Insiden itu terjadi disebabkan oleh kecuaian keretapi Metrolink itu sendiri yang mengabaikan signal merah ketika konduktor sibuk menerima mesej dan kerugian dianggarkan sebanyak RM2.14 billion.

7. Pesawat pengembom B-2 terhempas di Guam, 2008 (RM6 billion)

Kemalangan pertama yang dicatatkan oleh pesawat pengebom B-2 dalam sejarah. Dalam kejadian itu, pesawat tersebut jatuh dan meletup selepas baru sahaja berlepas dari Andersen Air Force Base di Guam. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kedua-dua krew berjaya menyelematkan diri mereka.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM6 billion dan merupakan kemalangan termahal dicatatkan oleh sejarah Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF).

6. Tumpahan minyak Exxon Valdez, 1989 (RM10.71 billion)

Kejadian berlaku di Prince William Sound, Alaska pada 24 Mac 1989 apabila kapal tangki minyak milik syarikat perkapalan Exxon Valdez terlanggar terumbu karang ketika dalam perjalanan ke Long Beach, California.

Insiden itu menyebabkan tertumpahnya minyak sejumlah 40.9 juta liter minyak mentah dan dianggap sebagai salah satu bencana alam yang paling dasyat disebabkan oleh manusia selepas tumpahan minyak Deepwater Horizon dari segi jumlah tumpahan.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM10.71 billion.

5. Kebakaran pelantar minyak Alpha Piper, 1988 (RM14.56 billion)

Terletak di Laut Utara yang dikendalikan oleh Occidental Petroleum (Caledonia) Ltd itu mengalami letupan pada 6 Julai 1988. Api yang terhasil akibat daripada kebakaran dan gas tersebut menyebabkan terbunuhnya 167 krew.

Ketika berlaku bencana itu, pelantar tersebut mewakili kira-kira sepuluh peratus daripada pengeluaran minyak dan gas di Laut Utara. Ia dianggap sebagai kemalangan yang paling teruk dari segi nyawa yang terbunuh dan impak pada industri. Kerugian dianggarkan berjumlah RM14.56 billion.

4. Letupan space shuttle challenger, 1986 (RM23.56 billion)

Kemalangan melibatkan letupan Space Shuttle Challenger ini berlaku pada 28 Januari 1986 apabila ia meletup selepas 73 saat berlepas yang telah meragut 7 nyawa krewnya.

Kemalangan itu disebabkan oleh kelemahan pada rekaan ‘O-ring” nya yang mana gagal menutup satu daripada sendi kapal angkasa tersebut. Ia lantas menyebabkan tekanan angin dari luar membuatkan tangki luar yang menyimpan hidrogen bocor.

Kos untuk menggantikan kapal angkasa tersebut berjumlah RM19.27 billion manakala kos penyiasatan, pembetulan kerosakan dan penggantian kelengkapan menelan belanja lagi RM4.28 billion.

3. Tumpahan minyak Prestige, 2012 (RM51.38 billion)

Kemalangan yang berlaku di pantai Galicia pada 13 November 2002 ini disebabkan oleh tenggelamnya kapal tangki minyak Prestige yang membawa 77,000 metrik tan minyak bahan api. Salah satu daripada 12 kapal tangki itu tenggelam akibat ribut di Galicia, Sepanyol.

Kerajaaan Perancis dan Portugal tidak membenarkan kapal yang rosak itu untuk berlabuh. Kapal tangki tersebut akhirya terbelah dua yang mengakibatkan 75 juta liter minyak dilepaskan ke dalam lautan. Menurut laporan Council of Pontevedra Economist, jumlah kos pembersihan berjumlah RM51.38 billion.

2. Letupan kapal angkasa Columbia, 2003 (RM55.66 billion)

In this Feb. 1, 2003 file photo, debris from the space shuttle Columbia streaks across the sky over Tyler, Texas. (AP Photo/Dr. Scott Lieberman, File)

Kapal angkasa ini hancur ketika cuba masuk semula di Texas pada 1 Februari 2003 disebabkan oleh letupan daripada lubang yang terdapat pada sayapnya.

Kesemua krew yang berada di dalam kapal tersebut terbunuh. Kos kemalangan ini berjumlah RM55.66 billion.

1. Chernobyl, 1986 (RM856 billion)

Dunia menyaksikan kemalangan termahal di dalam sejarah pada 26 April 1986 yang telah dikategorikan antara satu kemalangan berskala 7 (maksima) oleh International Nuclear Event Scale.

Ia dikaitkan dengan operator janakuasa yang melanggar prosedur dan tidak mengendahkan keperluan keselamatan yang diperlukan.

Kemalangan Chernobyl juga menyumbang kepada bencana sosio-ekonomi terhebat dalam sejarah hingga menyebabkan 50% bahagian daripada Ukrain terjejas dan dipindahkan. 200,000 orang telah dipinsahkan manakala 1.7 juta yang lain terjejas secara terus.

Jumlah kematian yang dicatakan sebanyak 125,000 mangsa termasuk mereka yang mati akibat kanser selepas beberapa tahun.

Tiada siapa benar-benar tahu jumlah sebenar kerugian oleh malapetaka ini. Jumlah RM856 billion adalah angka yang dianggap patut termasuk kos pembersihan, transmigrasi dan pampasan kepada mereka yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *