Sering Melakonkan Watak Orang Gaji Dalam Sinetron, Inilah Wajah Sebenar Ana Christina Pinem!

Biasalah,kadang-kadang penangan drama yang selalu di tonton dalam TV kadang-kadang terbawa-bawa ke luar waktu tayangan. Itulah dia pengaruh TV pada masyarakat.Jika seseorang itu melakonkan watak jahat setiap kali muncul dalam drama dan filem,maka ramai netizen fikir pelakon ni mesti betul-betul jahat luar lakonan.

Begitu juga dengan pelakon Indonesia bernama Ana Christina Pinem. Ana jika berlakon sinetron pasti akan selalu membawa watak orang gaji yang selekeh,tidak berdandan dan suka menjadi watak jahat. Mungkin ada yang beranggapan, di luar lakonan Ana adalah artis yang dari golongan biasa-biasa sahaja.

Namun ternyata tanggapan ramai itu silap, Ana sebenarnya punya watak yang jauh lebih baik di kehidupan sebenar berbanding dari kaca TV.

Di dunia sebenar, dia berpendidikan tinggi dan sudah punya sarjana. Dia juga memandu kereta mewah dan seorang yang gemarkan fesyen.

Bila bergaul dengan orang lain, dia seorang yang sangat mesra dan penuh intelektual. Ketika di lokasi shooting, Ana memilih untuk berdandan sederhana tanpa melebih-lebih.Sebab itulah dia sanggup memegang watak orang gaji.

Ana di katakan sudah berlakon lebih dari 10 sinetron. Rata-rata ramai yang tidak sangka bila mereka tahu siapa Ana yang sebenar. Ramai juga netizen yang kagum dengan dirinya yang nyata kelihatan lebih cantik,bergaya,kaya dan berpendidikan di dunia yang sebenar.

Sumber – Ceritera Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *