Anak Ditampar Sehingga Sakit Kepala Oleh Cikgu, Netizen Terkejut Tahu Pekerjaan Ibu Ini!

IBU bapa mana yang suka apabila anak mereka dicederakan tanpa sebab yang kukuh. Apabila ia terjadi, naluri keibubapaan mereka pasti ingin melakukan apa sahaja untuk memastikan pelaku menerima balasan atas tindakan yang dilakukan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa segelintir ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka sehingga apa sahaja perkara buruk yang dilakukan anak kesayangan mereka dipertahankan.

Perkara ini dilihat sering berlaku sekarang sehingga anak-anak ini menjadi terlalu manja dan sukar bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, dalam satu video yang tular di laman sosial, seorang ibu nyata berang apabila anaknya dilempang seorang guru di sekolah beberapa kali sehingga menyebabkan pipi anaknya merah dan mengalami kesakitan.

VIDEO IBU INI MELUAHKAN APA YANG DIA TIDAK PUAS HATI

Melalui rakaman berdurasi enam minit 27 saat berkenaan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Suzana Norlihan Alias menceritakan kisah yang terjadi kepada anaknya yang berumur 10 tahun dipukul seorang cikgu atas kesalahan bermain dengan bendera yang terletak di sudut padang.

Suzana bermula dengan mengatakan bahawa dia baru sahaja membawa anaknya ke sebuah hospital selepas anaknya mengadu sakit kepala selepas ditampar guru tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya lagi, beberapa murid turut bermain dengan bendera berkenaan namun anaknya seorang sahaja yang dikenakan hukuman oleh guru tersebut apabila telinganya ditarik dan mukanya ditampar sebanyak dua kali di pipi kanan dan kiri di hadapan sebuah kelas.

“Kalau kesalahan tu besar, saya faham lah, ini kesalahan setakat bermain dengan bendera, macam manalah saya tak marah.

“Bagi saya, kalau anak saya nakal sekali pun, awak nak denda ke nak marah ke atau nak pukul boleh, tapi janganlah usik muka, jangan usik bahagian kepala,” luahnya dalam video berkenaan.

Selain itu, dalam video yang dimuat naik olehnya sendiri ke akaun Facebooknya itu, Suzana turut berkeata bahawa anaknya pernah mengalami kecederaan di kepala sebelum ini selepas ditolak oleh rakannya sehingga terkena bahagian bucu sebuah meja.

Perkara itu menyebabkan anaknya mengalami sakit kepala sehingga kini, malah jelas wanita berkata dia pernah memberitahu seorang guru di sekolah berkenaan tentang kondisi anaknya itu.

Ujarnya lagi, anaknya dikesan mempunyai kesan retak di kepala selepas pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dilakukan sebelum ini yang menjadi punca anaknya sering sakit kepala dan tindakan guru ini sebenarnya membahayakan anaknya itu.

Suzana turut memberitahu bahawa ramai pihak memintanya untuk bersabar dan tidak mengambil tindakan namun dia tetap dengan pendiriannya kerana guru tersebut telah melampaui batas.

Sebelum ini juga, beberapa orang murid telah menjadi mangsa tindakan tidak melulu cikgu tersebut apabila menuduh seorang murid melakukan perbuatan sihir ke atasnya selain turut pernah membaling buku terkena muka seorang murid.

Suzana berkata dia tidak akan berdiam diri seperti ibu bapa murid lain yang bimbang anak mereka akan menjadi mangsa di sekolah sekiranya mereka bersuara.

Justeru, Suzana memberi amaran kepada guru berkenaan bahawa dia tidak teraga-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat lagi sekiranya guru tersebut bertindak balas kepada anaknya selepas tersebarnya perkara ini.

“Kalau cikgu ni retaliate kepada anak saya, saya akan ambil tindakan lebih tegas lagi terhadap cikgu ini. Sekarang saya dah buat laporan polis.

“Pihak doktor sendiri menyokong tindakan saya sebab mereka kata banyak jadi kes macam ini, cuma orang takut nak ke depan. Jadi, kepada cikgu-cikgu yang buat perkara macam ini, jangan ingat kamu boleh lepas,” tegasnya.

IDENTITI IBU INI DIDEDAHKAN..

Tinjauan ke akaun Facebook wanita itu mendapati Suzana mempunyai karier sebagai peguam dan sememangnya berupaya untuk mengambil tindakan yang lebih dasyat sekiranya guru berkenaan masih berkelakuan sebegitu.

Dia juga turut memuat naik gambar anaknya yang kurang sihat selepas kejadian itu berlaku dengan mengatakan hatinya masih ‘panas’ melihat keadaan anaknya.

MINTA BERSABAR DAN BERBINCANG

Ada ibu bapa dan cikgu yang hubungi beliau dan meminta beliau untuk bersabar dan bawa berbincang. Ini respond dia,

“Hak anak sy, sy mesti pertahankan! Sy adalah ibu dia. Siapa lagi yg dia boleh harapkan kalau bukan sy sendiri! Kesalahan anak sy x seberapa! Cikgu ni masa kecik x nakal atau jahat ke? Cikgu ni punya anak baik sgt ke! Main flag je!”

Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, kejadian ini telah menyebabkan orang ramai memberikan kata-kata semangat ke atas Suzana serta turut menyokong tindakannya yang tidak berdiam diri.

Namun, tidak kurang juga beberapa akaun tidak bertanggungjawab yang memberikan komen negatif kepada dia dan anaknya dengan mengatakan anaknya itu terlalu lemah.

Apa-apa pun, diharap wanita ini dan pihak sekolah dapat duduk semeja berbincang mengenai tindakan patut diambil selepas ini. Siasatan juga perlu dijalankan pihak sekolah bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang.

Sumber – Moh Sembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *