Boleh Makan Seketul Seorang Je Bang.. “

Gambar sekadar hiasan. Saya menghadiri satu kenduri kahwin atas jemputan.Makan secara buffet, setelah beratur agak panjang, sampailah saya ke station makanan.Saya menyenduk nasi, tetapi bila nak mengambil lauk ayam dan seterusnya,disenduk oleh pelayan yg memegang senduk.

Saya langsung bertanya,”Tak bolehkah saya senduk sendiri”Pelayan itu menjawab,”maaf cik,tuan rumah suruh kami sendukkan.Lauk ayam dan daging seorang seketul sahaja setiap jenis.”
Saya memang mulut capoi,lalu membalas,”Masa tuan rumah jemput saya ke majlis ini tak sebut pun makan seorang seketul,bahkan dia kata makanlah apa yang ada.”

Pelayan itu diam,saya memohon maaf kepadanya lalu beredar ke meja makan tanpa mengambil lauk ayam dan daging yg nak disendukkan.

Saya nak ajak anda merenung hal ini. Apa beza bila kita jemput seseorang ke rumah kita untuk makan tengahari dg menjemput seseorang makan kenduri yg kita adakan? Sama,cuma berbeza majlis. Jika tetamu yg dijemput makan tengahari,adakah kita bagi tau dia yg dia hanya boleh makan seketul ayam dan seketul daging?Atau kita suruh dia makan bagi banyak,suruh tambah?

Jadi jika orang bertamu kita suruh makan bagi banyak,mengapa bila buat kenduri nak tetapkan seorang seketul,nak kawal,macam tak ikhlas jemput orang makan.

Dalam adab yg diajar oleh nabi,tetamu disuruh makan apa yg dihidang bagi banyak utk menyukakan hati tuan rumah,bahkan nabi pernah menghabiskan buah limau yg masam yg dijamu disebuah
rumah sahabat tanpa merungut.Ada orang akan memberi hujah konon utk tidak membazir,soal membazir itu tertanggung kpd tetamu,jika dia ambil lauk lebih,makan tak habis,dialah yg membazir,bukan tuan rumah.

Lagipun ini berburuk sangka kpd tetamu..Apa hal jika tetamu makan tak kenyang kerana kita membatas lauk?Mana patut didahulukan, memuaskan hati tetamu atau konon menghalang mereka membazir.Hakikatnya ada sedikit sifat kedekut dlm berkenduri.

Dalam menjemput juga,kita tak pernah kata makan seorang seketul,tapi kita sebut, apa yg ada , makanlah.Lagipun dalam konsep layan diri, seorang itu dibebas melayan dirinya.Bila ada orang tolong senduk,bataskan pula,mana istilah layan diri?Takut lauk tak cukup?

Bukankah kita menjemput berdasar kad dan tempahan makanan berdasar kad.Itu maknanya kita telah berusaha utk mencukupkan.Maka berserah kpd Allah,soal cukup atau tidak itu,Allah yg tentukan setelah kita berusaha.Jika ada rezeki tetamu yg terakhir,akan tetap cukup,jika Allah tetapkan tiada rezekinya,dibuat macam manapun tetaplah tiada rezekinya.

Jika tak mampu,buat kecil-kecilan.Bukan wajib berkenduri.Jangan juga buat kenduri besar,dok kawal lauk,menu cincai.

Bebaskan tetamu kita.Jangan jadikan mereka macam bebudak asrama, atau orang kem tahanan, yg menadah pinggan bagai peminta sedekah utk disendukkan lauk.Jangan rendahkan martabat tetamu kita.Ada orang suka bahagian ayam yg berbeza,saiz ketulan yg diagak dapat dihabiskannya.Bahkan jika dibebaskan lebih tidak membazir kerana setiap orang tahu ukuran kemampuan seleranya, bukan ditentu oleh pelayan.Jika disenduk kepak ayam,sedangkan dia tidak suka bahagian itu,inilah yg membawa pembaziran.

Saya hanya mengajak anda berfikir. Kalau tak setuju,buatlah ikut yg anda mahu.Jika majlis kenduri disendukkan lauknya, saya hanya hadir memenuhi jemputan dan minum sahaja.

Saya rasa seperti tuan rumah berburuk sangka yg tetamunya gelojoh,kuat makan dan suka membazir hingga diletak ‘pengawal’ pada lauk kendurinya. Maafkan saya.

Wallahu’alam abdghaniharon.

Perkongsian dari laman facebook Abd Ghani Haron .

via kucingsenyum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *