‘Cikgu tadika layan anak saya seperti tak wujud, tapi dengan murid lain bukan main mesra lagi’

Kes confessor ini menarik, si ibu terkilan dengan sikap guru tadika yang mengamalkan sikap pilih kasih. Ini realiti yang perlu kita semua akui. Namun, bagaimana caranya untuk kita menegur?

Apa yang ibu bapa bimbangkan, jika mereka menegur, pastinya ada yang akan ‘anti’ atau memulau mereka kononnya cerewet atau melebih-lebih. Padahal mereka sepatutnya beri layanan yang sama kepada semua kanak-kanak.

ASSALAMUALAIKUM. Saya nak meluahkan sikit tentang cikgu-cikgu sekolah tadika anak saya. Saya kecewa sebab kebanyakan cikgu tadika ini memilih kasih pada anak-anak, terutamanya anak saya yang diperlakukan seperti tidak wujud.

Kebiasaannya sekolah ada wujudnya group WhatsApp ibu bapa murid tadika, kan? Setiap ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah atau cuti akan memaklumkan perkara itu di dalam WhatsApp group.

Apa yang saya perasan, setiap kali saya maklumkan anak saya tak dapat hadir ke sekolah, tiada respon langsung daripada cikgu tadika. Anak saya sakit sampai masuk ke hospital pun, tetap tiada respon.

Perkara ini membuatkan saya terfikir seketika, apakah cikgu-cikgu sekolah anak saya ini berhati batu ke? Pilih kasih yang amat.

Berbeza pula jika ibu bapa murid yang lain memaklumkan anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah, panjang berjela ucapan semoga sembuh bagai.

Bukan saya seorang saja yang terkena, malah ada sesetengah ibu bapa kepada murid di sekolah itu juga turut menerima nasib yang sama. Seperti anak kami tidak digemari oleh mereka.

Banyak lagi cerita lain tetapi saya tak kuasa nak cerita panjang-panjang. Kalau anak yang ibu bapanya ‘kamcing’ dengan mereka (cikgu tadika), fuhh! Dia punya manis, macam gula batu.

Bayangkanlah, hati ibu mana yang tidak sedih min? Semasa hari ulangtahun kelahiran anak saya, dia letak kek atas kerusi kemudian potong kek seorang diri. Kawan-kawan tiada di tepi kiri dan kanan. Saya sedih bila mengenangkan perkara itu. Sudahlah gambar anak saya sambut hari ulangtahun kelahirannya tidak dimuat naik ke dalam group Facebook.

Untuk ucapan ulangtahun anak orang lain, elok saja cikgu-cikgu tadika ini muat naik ke dalam group. Siap beri ucapan hari ulangtahun kelahiran, bergambar dengan kawan-kawan apa semua.
Saya sedih melihat sikap cikgu-cikgu tadika seperti ini, sampai menitis air mata saya. Sedih, anak saya tak diberi layanan yang sama rata. 

Buat cikgu-cikgu tadika saya nak berpesan, bila jadi cikgu kepada anak-anak kecil ini, jadilah seperti ibu yang tidak membezakan kasih sayang.
Sumber: Kisah Rumah Tangga via reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *