” Dulu Dia Hisap Dadah, Minum Arak, Main Perempuan Segala Jahat Dia Buat”

Ada seorang lelaki ni. Dia dulu suka hisap dadah, minum arak, main perempuan dan segala jahat dia buat. Tapi kemudian dia berubah. Dia boleh istiqamah selalu pergi masjid dan tinggalkan semua “najis” lama dia. Dah masuk 3 tahun. Bila tanya, dia bagitau rahsianya. Subhanallah. Jom baca dan kongsikan. Seperti diceritakan oleh FB Fadhli Salleh.

DULU JAHAT TAPI SEKARANG….

Pagi Ahad ini aku nak bercerita tentang seorang sahabat baik aku.

Sahabat baik aku ini nakal dan sangat liar suatu ketika dahulu. Dadah, arak, main perempuan itu makanan harian. Antara ayat dia yang aku ingat berbunyi,

“Ambo asal tayar ggolek jah, ppalo mesti pening.”

Maksudnya, setiap kali dia keluar kepala mesti nak sedap. Mesti nak stim dan khayal. Samada dengan arak atau dadah. Atau dengan tuak masam.

Suatu hari aku perasan, dia tidak lagi senakal dan seliar dulu. Tidak lagi mengganas, tidak lagi melepak dengan kawan-kawan geng sama macam dia dan mula istiqomah ke masjid.

Arak ditinggal terus, dadah begitu juga. Malah rokok pun tidak disentuh bertahun-tahun dah.

Aku bertanya, bagaimana dia boleh berubah dengan drastik. Bagaimana dia mampu menahan diri dari tabiat yang hampir sebati dengan dia.

Katanya begini.

MOTIVASI BERUBAH

“Hidup kita ni berapo lamo sangat gak. Aku ni puas ‘lobe’ dah. Lube mano aku tak masuk? Stage disko mano aku tak naik nnari? Dengan sep jjahat mano aku tak lepok?

Kito ni nok ‘gedebe’ setaro mano gak. Sapa maso mati jugop.

Banyok kali doh aku try beruboh. Tapi tak leh istiqomah. Berumoh seminggu, balik asal pulok. Beruboh sebule, nginsap pulop. Minum pulop.

Sapa satu hari aku duduk pikir.

SOLAT BERJEMAAH UNTUK SEMPURNA

Pasal apo aku tak leh uboh diri aku. Lepah tu aku teringat mok aku duduk pese sokmo,

‘Awe, semaye jange ditinggal. Semaye ni lah hok mencegah kito dari perbuate moksiat dan benda tak berfaedah.’

Padahal waktu aku beruboh tu aku semaye. Tapi sebab apo semaye aku tak leh cegah aku dari perbuate mungkar dan moksiat?

Ruponya sebab semaye aku tak sempurna. Nok belajar semaye sempurna ni make maso. Make. Maso lamo. Keno duduk dengar ore ngajar, kena buko kitab, kena ngaji mmolek.

Aku rajin dengar ustaz ngajar oyak, ‘semaye berjemooh ni tok ime tanggung segalo cacat celo solat kito.’

Aku tahu solat aku tak sempurno. Sebab tu solat aku tak mampu cegah diri aku dari perbuate moksiat ni.

Sejak hari tu, aku start semaye jemooh. Keliling Kelate aku gi cari sejid dan semaye.

SOLAT DI MASJID LUAR DAERAH SEBAB….

Tapi sejid dale kampung sendiri aku tak jejak. Buke ggapo, ore kampung cop doh atas dahi aku, aku ni sep jjahat. Lamo kan dia syak aku nok curi speaker masjid ko, nok ppecoh tabung ssejid ko.

Aku rajin singgoh sekali jah dulu, habih pakat kherling serupo napok ore kapir masuk ssejid nah. Malas nok bbaso dengan ore kapung, aku keluar daerah sokmo kalu nok semaye gak.

Lepas aku cuba istiqomah maye di ssejid ni baru mudoh aku tinggal segala benda haram dan moksiat. Dale maso tu, aku mengaji-lah caro semaye hok sempurna, ngaji hukum hakam dan sebagainya.

SEDEKAH DI MASJID. KECIL TAPI ISTIQAMAH.

So lagi aku nok pese ko mung. Masuk sejid mano-mano gak, bubuh la dale tabung ssejid buleh seriyal duo. Tak perlu banyok, tapi perlu istiqomah.

Alangkan masuk jambe hok busuk pun kena bayar. Ni masuk sejid ada karpet ado ekon sedekoh la ko tabung ssejid buleh duo riyal.

Gitulah caro aku uboh diri. Hok mano molek tirulah. Hok tak molek kita pakat bbetul dan ubah.”

Aku dengar setiap patah perkataan yang diucap dengan teliti. Ini mutiara kata dari orang yang kembali.

Orang yang pernah sesat jauh sehingga ramai yang menyangka dia tidak mampu lagi pulang ke pangkal jalan. Namun dengan tekad dan solat, dia mampu mengubah nasib diri dan kehidupan.

Benarlah firman Tuhan,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” QS 13:11

Dan benar juga firman Allah,

“Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)

Kita yang tak pernah sesat sejauh itu, tidak pernah seteruk itu janganlah sesekali memandang hina pada mereka yang masih lalai dan sesat. Jangan cepat jadi penghukum, mengata itu dan ini.

Jangan sesekali anggap syurga itu hanya milik kita dan menjatuhkan neraka pada orang yang jauh dengan Tuhan.

Sekali Tuhan bagi hidayah, 360° boleh berubah.

Sesungguhnya syurga itu dipenuhi dengan pendosa yang bertaubat.

Ingatlah!

Sumber – FB Fadhli Salleh, Khalifah Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *