Dulunya Digelar Queen Tatoo Dan Liar, Tetapi Penghijrahannya Mendalami Islam Sangat Mengagumkan!

Kini semakin banyak aura positif yang boleh di lihat di negara Malaysia. Antaranya adalah penghijrahan artis artis yang menjadi sebutan netizen . Ada juga artis yang dikatakan berubah kepada lebih buruk namun penghijrahan kearah lebih baik boleh dilihat kepada artis artis seperti Syamsul Yusuf dan beberapa artis yang lain.

Pernah juga viral seorang lelaki yang bertattoo yang dulunya dikatakan gengster namun kini beliau berhijrah dan menyampaikan dakwah.

Beberapa hari lepas viral pula seorang gadis cantik yang dikatakan pernah digelar Queen of tattoo yang sebelumnya amat liar, seksi dan bertattoo kini berhijrah kepada yang lebih baik .

Gadis tersebut adalah gadis cantik yang digelar sebagai Baobei Liya di laman facebook yang telahpun membuat penghirahan 100% dan kini dilihat memakai niqab. Gadis tersebut menjadi viral apabila salah seorang rakan baiknya meluahkan perasaannya terhadap penghijrahan kawan baiknya di media sosial.

Luahan pengguna facebook Natasha Eva Jamak terhadap kawan baiknya.

Dia dulu kawan baik aku. DULU semua baju nak kene pakai sama. Beli beg sama, beli kasut sama, colour kuku sama, colour rambut sama! Gaduh pun sama2 lah crte dia sama2 keras kepala. Tak dek apa yg lain .

Eh ada! rumah dan bf je lain 😂 saiz bju dr lua dalam pn semua sama (punya lah nk bgtau takdek apa pun yg lain) saiz kasut saiz baju saiz pinggang SAMA! Eh anak pun umur sama 6thun, sama2 laki weyh hero hehe. sampai lah dah selalu sama2 hari2 kdg2 mnum ptg pn sama2 ng dia. kalau nak hashtag tu BFF goals sgt kan ! Tiba2…..

Shaa.. hari nie last dah aku dah tak nak..

Esk tu jmp ye mmg betul dia dh bertudung. eh knp tiba2? ok xpelah. aku masih jadi diri aku pergi party sana sini 😅 tapi sunyi nya lah kawan baik aku takdek. org biasa nampak aku ng dia, tp tibe2 dia berubah mengejut,

Banyak mulut yg dtg *eleh tak lama pun tu nanti dia cabut balik tudung dia* aku yg dlm hati nya rindu nak kawan ak ada skli berkepit ng ak mcm dlu #bffgoals tu tapi aku suka ng pernghijrahan dia , mcm mna eh nk ckp. aku suka dia berubh tp kdg2 ak enjoy ke apa ke ak nk dia ada skli (ha setan lah tu) haha tp betul kdg2 ak tertanya2 knp eh dia berubah…

aku tanya.. Dia ckp tuhan tutup kan pintu hati dia untuk rasa semua nie , dia tak dek rasa gembira tak dek rasa apa, dia rasa KOSONG… dia dah buat mcm2 nak bagi enjoy. tapi tetap KOSONG. knp kosong? kosong macam mna? tak phm kn? apa yg tak happy? xtau lah sha, bilik karok yg sama, tmpt party yg sama, kawan2 yg sama, tapi perasaan tu tak sama. KOSONG. aku blur jp time tu. 🤔

Aku pun tak phm.. Dlm hati aku hmm, tak lama kot dia nie bertudung nanti dia bkk balik (jahatnya😅)… hmmm takpelah tak baik fikir bukan2 aku doa kan je dia terus macam nie klau mmg dia nk berubah teruskan, ak tetap jadi aku . aku biar kan dia menuntut ilmu. tapi dia tak pernah lupa aku, kdg2 msg aku “sha kt ne jom sana sini sana sni”

Time aku jumpa dia, dia dah tak mcm dlu. crte psl phone psl handbeg psl tu ini. tapi skrg klau jmp dia, dia crte pasal agama. Aku tbe2 tersentak sbnrnya. eh dia nie btul2 berubah lah. Byk yg dia berubah, percakapan, fikiran. susah kalau nk crte nk tulis mcm mna fikiran berubah.

Yelah dlu weyh jom g sana sini, g je lanngor je hoo jelah dia nie org pgl queen tattoo 😂 tp skrg tak dah, weyh nak g sana tu ada surau tak susah lah ko tau lah bdn aku nie nanti org tkjut kne blk solat kt rumah jgk. nanti org nmpk. erm, tu bkn fikiran.

Aduh susah lah nak tulis tak reti nk ckp mcm mna aku nmpk yg dia nie berubah smpai dlm hati aku “weyh dh berubah betul2 lah lgsg xleh (ha contoh aku tgh beleber mrh2 ke org dia akn bnyi *dah bia lah tak baik dia buat mcm tu kite jgn ikut plak biar hati kite baik jgn hasad dengki ng org* DOSA tu) haa dia highlight kan dosa tu.

Kat stu ak nampak cara ckp dia cara fikir dia lain. dlu ak beleber ke org dia ho kan skli. haha.

Sampai lah saat ni dia msh hri2 dgn kelas mengaji dia, klas agama dia, aku pulak dah slow2 enjoy kdg2 g travel sana sni sbb tu korg tgk ak jln je skrg sbb aku nak cakap aku pun rasa KOSONG. kosong tak reti nak cakap, aku pergi enjoy g party tp ak tetap kosong. aku mcm dah dapat tgkp kosong yg lia mksdkn tu mcm mna, aku tak dek perasaan terhadap perkara2 enjoy2 ni dah.

Tapi aku cuma belum blh kuat nak berubah mcm dia, dia terlalu kuat. Aku masih cuba mencari kekuatan tu lagi. mgkin aku perlukan lbh sokongan. tapi hdp ni terlalu byk cabaran hdp nya kdg2 buat aku memberontak baru nk berubah tp ak tolak lg (setan oh setan)

Hmm pape pn doa kan aku pun dapat hidayah mcm dia, ak gembira aku syukur dpt kwn baik yg mcm dia, sama2 nak aku berubah pun mcm dia. Weyh comel nya sama2 pakai baju tudung sama pun lagi cantik kan?

Mana tau kan? lps nie aku pn berhijrah ke lps ni blh g mekah sama2 ke 😍 wow nampak tak jauh cite2 tu. eh knp xblh? HIDAYAH tu kan milik allah. doa doa kan lah 😍 dia kuat sgt. Idol/sifu/bff Baobei Liya 💕

Kini dikatakan mereka masih merupakan kawan baik ataupun bff meskipun salah seorang dari mereka telahpun berubah kearah yang berbeza yang berhijrah kepada yang lebih baik . Sama samalah kita doakan kepada Natasha juga supaya berhijrah seperti rakan baiknya itu.

Sumber – GengJoyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *