Gadis Janji Tak Tinggal Solat, Jadi Isteri Mithali Jika Hadiahkan Cincin RM20K!

Baru-baru ini seorang gadis viral apabila dikatakan mengaku bekerja dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan menggunakan ‘kuasanya’ untuk mengugut netizen. Sejak kes tersebut, gadis ini mula mendapat perhatian netizen dan terbaru dia sekali lagi dikecam di laman Twitter miliknya apabila memuat naik gambar cincin yang bernilai mencecah RM 26K !

Menurut kapsyen gambar tersebut, dia berjanji akan menjadi isteri yang solehah sekiranya dihadiahkan cincin bernilai ribuan ringgit itu. Amboi! Ini respon netizen.

“Nanti saya jadi wife mithali”

“Please awak belikan utk sy. Nanti sy jadi wife mithali kerja rajin2 solat tk tinggal & taat dgn awak #eh?”

Besar sangat hajat Zulaiha ini ye? Sebentuk cincin pun dah RM 17,320 dan RM 9, 345. Kira-kira boleh mencecah RM 26,665 ! Agak-agak jutawan mana lah yang mampu memikat hati dia?

Tweet gadis ini bagaimanapun mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata menyindir cita-cita gadis ini. Boleh tahan kelakar juga! Ada yang cakap sejak kes BNM tempoh hari, Zulaiha ini mencari publisiti murahan.

“Kereta pula nak yang macam mana?”

Kalau korang tengok tweet gadis ini pasti ada je komen korang nak letak kat situ. Tapi apa pun kita doakan gadis ini dipertemukan jodoh dengan prince charming ye.

Sumber – Ciklee Club

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *