Hasrat Nak Cuba Kedai Famous Masuk Jalan-Jalan Cari Makan, Tak Sangka Kedai Letak Harga Cekik Darah!

“Rupa-rupanya orang negeri itu pun blacklist kedai tersebut sebab mencekik darah,” demikian tulis Sue Idris di Facebook yang kesal dikenakan caj harga makanan sebanyak RM120 yang dikatakan tidak berbaloi.

Sue Idris dan tiga lagi rakannya datang berkunjung ke negeri Melaka. Setelah puas dan penat berjalan, mereka singgah di sebuah kedai makan yang ‘famous’. Namun alangkah kecewanya apabila mereka mendapati kedai itu indah khabar dari rupa.

“Saya pergi ke Melaka dengan rakan-rakan saya baru-baru ini. Ada sebuah kedai makan tengah hari yang famous, masuk Trip Advisor, masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Mestilah semua orang imagine sedap kan?

“Secara jujurnya, biasa saja asam pedas dia. In fact, di Kuala Lumpur ada asam pedas yang lebih sedap,” tulisnya.

Sebelum itu, Sue menegaskan dia bukan mahu memburuk-burukkan perniagaan orang lain tetapi untuk memberitahu kepada semua agar mereka merancang dengan baik jika datang berkunjung ke negeri bersejarah itu.

“Tujuan saya menulis adalah untuk beritahu semua yang mungkin merancang atau akan datang ke negeri bersejarah itu di masa akan datang. Juga saya tidak mengalakkan anda makan di kedai berkenaan.

“Rupa-rupanya orang negeri itu pun blacklist kedai tersebut sebab harganya mencekik darah.

“Al kisahnya kami berempat mengambil lauk asam pedas bahasgian ekor (tak besar mana pun) tiga, kepala ikan (kecil juga dan dibelah dua), sayur kobis kami letak dalam satu pinggan sebelum ambil portion masing-masing, nasi tiga pinggan dan air tiga cawan.

Ini harga makanan yang mereka caj:

Bahagian ekor (3 pcs): RM40
Kepala ikan belah dua: RM40
Sayur kobis sepinggan: RM23 (ini yang paling tak puas hati!)

Jumlah keseluruhan yang kami perlu bayar termasuk dengan air ialah RM120. Ada ke patut sayur itu dicaj RM23??

Apabila pergi membuat bayaran dan bertanya kenapa harga yang dicaj terlalu mahal, ini jawapan mereka.

So, I went to Malacca with my friends recently. Ada satu kedai makan tengah hari yang famous, masuk trip advisor, masuk jalan jalan cari makan. Mestilah semua orang imagine sedap kan?To be honest, biasa je asam pedas dia. In fact, dekat KL ada je yang lagi sedap. Tujuan saya menulis adalah untuk beritahu kalian yang mungkin merancang atau akan ke negeri bersejarah itu di masa akan datang, bahawa saya tidak galakkan anda untuk makan di kedai berkenaan. Rupa-rupanya, orang negeri tu pun blacklist kedai tersebut sebab mencekik darah. Al kisah, kami berempat, ambil lauk asam pedas bahagian ekor (tak besar mana pun) tiga, kepala ikan (kecik juga dan dibelah dua), sayur kobis kami letak dalam satu pinggan sebelum ambil portion masing-masing. Nasi 3 pinggan dan air 3 cawan. Ini harga makanan mereka caj: Bahagian ekor (3): RM40 Kepala ikan belah dua: RM40Sayur kobis sepinggan: RM23 (ni paling tak puas hati! 😤)Total kami bayar termasuk air: RM120Ada ke patut sayur tu dia caj RM23?!(Lupa untuk ambil gambar harga yang ditulis sebab takde niat terfikir untuk viralkan. Cuma saya berkongsi kerana tak mahu anda sekalian terkena macam kami)Bila pergi bayar dan tanya kenapa harga mahal, dijawabnya:“Eh, memang harga macam ni lah!”Dalam video mungkin nampak saiz ikan tu besar, tapi sebenarnya tidak. Bagi yang ingin tahu kedai mana, boleh PM saya. Yela, nanti ada pulak yang kata kita tutup periuk nasi orang kan? 🙄 Jadi, saya memilih untuk tidak menyebut nama kedai itu di sini.

Posted by Sue Idris on 2018 m. vasario 6 d.

“Eh, memang harga macam ni lah! Dalam video mungkin saiz ikan itu nampak besar. Tetapi sebenarnya tidak,” katanya.

Sumber – HMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *