‘ Ingatkan Kuih, Rupanya Kulit Ayam’- Terserempak Pelajar Tahun 1 Makan Kulit Ayam, Bila Ditanya, Tak Pernah Bawa Duit Ke Sekolah.

Kos hidup yang semakin meningkat pada hari ini nampaknya sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Mana tidaknya, gaji RM3000 dan kebawah sudah dikira sebagai miskin bandar jika korang menetap di bandar raya.

Dek kerana kesempitan inilah, beberapa keperluan asas terpaksa dilupakan demi meneruskan kehidupan.

Ikuti kisah wanita ini yang pada awalnya pergi ke sekolah untuk memberikan duit belanja anaknya namun apa yang di lihat semasa di sekolah tersebut sungguh menyayat hati.

Bukan kuih tapi kulit ayam

Kisah yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Ct Sarah ini mendapat lebih seribu share oleh netizen.

Pada awalnya dia ke sekolah bagi memberi wang persekolahan anaknya yang tertinggal namun terserempak seorang murid dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Lupa nk bagi duit sekolah anak pagi tadi. Pastu lebih kurang pukul 9 lebih terus chow pergi sekolah dia nak bagi duit. Masa tu waktu budak2 rehat. Tengah tunggu anak kat kantin tiba2 terlihat sorang budak yang lalu depan mata..kecik sangat badannya..baju sluar kasut smua lusuh,warna kuning dan tak bergosok.

Hati dah mula rasa semacam. Dia jalan slow jer lihat kiri kanan. Pastu hilang dr pndangan.. tcari2 gak la dan mata aku terpaku bila tengok budak tadi duk atas bangku kantin. Tangan dia pegang sesuatu. Pastu dia makan. Nampak cam payah je dia gigit. Aku ingt kuih tapi cam pelik jer. Aku pegi dekat dia. Tanya apa dia mkn.

Dia pun tunjuk. Masa tu tuhan je tau macam mane perasaan aku bila tengok dia cuma makan kulit ayam yang kawan bagi katanya. Aku tanya kenape tak makan benda lain dia jawab ni dah ada makanan. Itu yg dia ulang bkali2 sambil tunjuk kulit ayam. Pada aku tu bukan kulit ayam tapi hanya tepung yang makcik kantin buat goreng ayam.

Tak pernah bawa duit ke sekolah

 

 

Kasihan melihat murid tersebut, wanita berkenaan menghulurkan wang. Murid tersebut bagaimanapun hanya membeli sebatang hotdog

Tak puas hati aku tanya lg kenape  tak beli makan,dia tunduk. Kawan dia jawab dia x pernah bawa duit pun pergi sekolah. Subhanallah terkedu aku. Apa dia makan kat umah pagi tadi. Mungkin juga dia boleh makan rmt pagi kat sekolah. Tapi banyak mana sangat.

Tengah hari tak lapar ke dia? Time tu jugak ngalir airmata aku. Susahnya hidup dia. Aku bagi duit suruh dia pergi beli mkn. Aku perhati apa dia beli, nak tau apa?

Cuma sebatang hotdog. Pastu makcik kantin panggil dia bagi duit lebih. Dia amik tapi tak tengok pun duit tu. Mata dia asyik pandang hotdog tu jer sambil berjalan. Dari situ aku dah boleh agak dia  tak pernah boleh beli hotdog tu kot. Pastu aku nampak lak yang sorg lagi budak duk bergayut je kat palang tempat budak beratur beli mkn. Duk tengok budak lain beli.

Si adik pun tak bawa duit

Pastu tiba2 budak tu amik duit dari budak yang aku tolong tadi. Aku tanya nape amik duit orang. Budak tu cakap tu abang dia. Patutpun, aku tanya tak bawak duit jugak ke, dia angguk. Macam mane mereka boleh tahan lapar dari pagi sampai petang.

Sekolah dah la pukul 4.30 baru habis. Kita rasa kita dah cukup susah tapi orang lain lagi susah dari kita kan. Dahla makanan kat kntin sekarang mahal. Air jer dah 50 sen. Nasi pukla antara rm1-rm2. Macam mane mereka nak makan kalau singgit pun mereka tak mampu bawak?

Hari ni mungkin aku dapat tolong tapi macam mane hari2 mereka yang akan datang? Bersyukurlah kita dengan apa yg kita ada sebab apa yang kita miliki  tak semua orang lain ada. Tapi apapun masih terbayang muka budak tu. Dia ckp nama dia Haikal darjah 1. Abang dia darjah 3. Moga Allah permudahkan hidup mereka dan dimurahkan rezeki.

Sumber : Ct Sarah A, Suara Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *