” Kak, Kami Lapaq”-Dihalau Bapa Saudara Sendiri, Remaja Ini Mengadu Kelaparan Dan Ditolong Insan Baik Hati Ini.

Rezeki datangnya daripada Tuhan dan bukan semuanya milik kita. Malah, setiap rezeki yang diterima, ada bahagiannya untuk orang lain.

Melalui perkongsian di Facebook, seorang wanita telah menceritakan kisah di saat dia bertemu dengan seorang remaja lelaki yang telah dihalau oleh bapa saudaranya di Alor Gajah.

Wanita yang dikenali dengan nama Aye ini menerangkan bahawa dia telah didatangi seorang remaja lelaki bernama Afiz ketika sedang duduk di kedai makan. Remaja itu kemudian meminta pertolongan daripadanya.

Menurut Aye, Afiz dalam keadaan sehelai sepinggang dan menangis meminta ihsan untuk pulang ke kampungnya di Kedah serta mengadu perutnya lapar.

“Kak, kami lapaq…”

Tambah Aye, jika sebelum ini dia tidak pernah menghiraukan permintaan sebegitu, kali ini dia tergerak untuk membantu remaja tersebut lalu memberikan McDonald’s yang belum disentuhnya lagi.

Selain itu, Aye juga turut mengajukan beberapa soalan kepada Afiz kerana khuatir ia adalah satu taktik penipuan yang dilakukan sesetengah pengemis. Namun persepsinya terhadap remaja tersebut berubah selepas Afiz memberitahu bahawa dia telah terkandas di Melaka Sentral selama dua hari lalu.Kesiannya…

Cerita Afiz, dia telah cuba meminta bantuan daripada orang di situ sepanjang berada di Melaka Sentral. Namun, tiada sesiapa yang berani membantunya sehinggalah takdir menemukannya dengan Aye yang baik hati untuk menghulurkan bantuan. Nasib baiklah ada Aye kan…

Selepas mendengar kisah sedih remaja itu, Aye meminta Afiz untuk menghubungi ibunya di kampung. Anak beranak itu bercakap di dalam telefon sambil menangis dan Aye mengambil keputusan untuk membelikan tiket pulang buat Afiz yang malang.

Terharu dengan pertolongan yang dihulurkan Aye, Afiz menangis sambil mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.

Kak, takpa ka kami susahkan akak, minta duit akak, bagi kami makan, kami sayang akak, nanti kami sampai Kedah, kami call akak nah.”

Aye yang tidak dapat menahan air matanya memberitahu bahawa Tuhan yang telah membuka jalan baginya untuk membantu Afiz.

“Dalam setiap rezeki kita, tak semua untuk kita… Terima kasih Ya Allah kau beri aku kenangan hari ini yang tak dapat dilupakan…”

Di akhirnya entrinya, Aye turut memberitahu bahawa Afiz telah selamat tiba di kampungnya dekat Alor Setar, Kedah dan telah menghubunginya sebaik tiba di sana. Remaja tersebut juga berbesar hati mempelawa Aye untuk mengungjungi ke rumahnya.

Syukurlah remaja ini terjumpa dengan orang yang baik hati macam Aye…

#Nota: Inilah yang dikatakan perancangan Allah. Rezeki,jodoh dan pertemuan itu semua daripada Allah. Allah yang telah mempertemukan mereka serta memberikan rezeki kepada adik ini melalui Aye.

Kami juga percaya ramai yang diluar sana mungkin bersikap tidak ambil peduli kepada orang yang meminta tolong kerana berfikir mereka ini penipu. Hal ini disebabkan terlalu ramai pengemis dan peminta sedekah yang menyamar menjadi orang susah memperdaya orang awam demi kepentingan masing-masing. Nasihat yang kami perolehi daripada ceramah Ustaz,jika mahu tolong,tolong lah.Jika tidak,tolaklah dengan baik. Jika mereka menipu,itu masih dikira sebagai pahala sedekah buat kita. Rasulullah semasa hayatnya tidak pernah mengecewakan sahabat yang lain yang memohon bantuan daripadanya.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita untuk tolong menolong antara satu sama lain. Dalam waktu yang sama kegiatan penipuan yang dilakukan peminta sedekah juga haruslah dibanteras.

Wallahualam.

Semoga bermanfaat.

Sumber – Suara Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *