” Kerja Taska Ni Senang Je”-Luahan Hati Seorang Guru Taska.

Gambar Sekadar Hiasan. Assalamualaikum. Admin, harap boleh approve confession ni. Aku bekerja sebagai seorang guru taska dekat selangor. Kerja taska ni lain dari yang ibu bapa sangkakan. Susah dia nak menjaga dan mendidik anak2 kecil lain dari yang lain. Aku pendekkan cerita aku secara point lah ye.

1. Awal2 pagi kami tunggu depan pintu taska untuk sambut anak2 yang mak ayah hantar ni dengan muka ceria, tak de complaint ape2. Bila hantar anak, dahla anak tu tak mandi, pampers penuh hancing, sampai bocor2, baju semalam hantar balik, pagi tu baju yang sama jugak mak ayah hantar. Kami senyum je terima anak2 tuan puan ni.

2. Bila masa untuk pulang, kadang2 kami pekerja taska ni, ada yang terlepas pandang tentang comot atau tak anak2, tapi kalau setakat taik hidung keras yang melekat kat hidung anak tuan2 puan2 pun dijadikan isu, sedih lah kami, sedangkan keadaan anak2 tuan2 puan2 yang kami terima waktu pagi2 jauh lebih teruk berbanding taik hidung kering tu.

3. Bila mak ayah cakap, ” kerja taska ni senang je”. Wahai ibu ayah, percayalah, anak2 korang yang kami jaga ni, bukan senang. Ibarat masuk taman anak2 dinosour. Lagi2 bila anak2 tuan2 dan puan2 ni jumpa kawan2 diorang. Kitorang habis je waktu bekerja, lepas isya’ mmg terlentang, tak boleh begerak, mengantuk, sakit tulang, sakit pinggang.

4. Bila mak ayah yang ada newborn, toooolllloooongggg lah, jangan meriba anak sgt, sampai hantar kat taska pun, si anak tu tak boleh di letak atas tilam, sentiasa nak di riba, dah tu minum susu botol tak mahu, nak direct je. Jangan menyusah kan guru taska dan diri sendiri ye. Bila ada kes bayi mati kat taska sb staff stress baby newborn tak berhenti menangis sehingga menganggu masa tidur bayi lain, tau melompat, sedangkan punca dari rumah, bila ditanya dekat mak ayah, dekat rumah selalu meriba ke? Mak ayah pandai menipu cakap, ” eh tak lah” .akhirnya kerana bayi anda sorang, guru taska bertungkus lumus mnghabiskan masa 3 hari untuk biasakan bayi anda tidur atas tilam.

5. Ada ibu ayah y hantar bayi tengahari dengan alasan, ” anak saya ni tanak bangun lagi la, sy kene tunggu dia bangun” . Dah tu hantar anak tengahari tak mandi, masa rehat guru tasa terganggu.

6. Jangan pertikaikan kenapa anak anda tanak makan kat rumah, lepas tu tuduh pihak taska tak bagi makan kat taska, sedangkan kami pasti kan hantar anak anda ke tgn anda dalam keadaan perut buncit hati senang kerana kenyang. Kau tak tahu ke guru taska terer masak?

7. Bila anak demam panas, sanggup hantar kat taska lagi, apa kau pikir taska tu hospital? Kesian la kat budak2 lain yang sihat semua berjangkit demam batuk sb anak kau sorang, lepas tu, mula la mak ayah nak report kat jkm, sedangkan mak ayah tak ambil kisah masa anak dah ada symptom demam panas.

8. Bila anak sakit sampai kejang kat hospital, disalahkan taska. Sedangkan masa kejang tu dekat hospital. Kenapa taska yang kena?

9. Wahai ibu ayah, percayalah, kami guru taska dah cuba sedaya upaya untuk beri perkhidmatan yang terbaik. Kalau ada slack sikit, kadang2 ada taik hidung keras sikit, kena gigit nyamuk, maaf kan kami. Kami ada 2 mata, 2 tangan 2 kaki. Jangan semua nak salahkan taska. Itu pun lepas kene marah ngan ibu ayah kami senyum lagi hantar dan ambil anak puan.

Maafkan kami wahai ibu dan ayah. -yang terkilan

Sumber: IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *