Meskipun Mengalami Gangguan Mental, Wanita Ini Tetap Menjaga Bayinya Dengan Penuh Kasih Sayang!

Kasih sayang ibu terhadap anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tidak kira apa jua situasi yang dialami oleh seorang ibu, mereka tetap mempunyai naluri dan perasaan kasih sayang yang tiada batasnya.

Ia terbukti apabila seorang ibu yang mempunyai masalah mental telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam keadaan yang sihat di sebuah kampung di Filipina.

Apa yang mengejutkan, bayi itu telah dijaga dengan baik oleh ibunya. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan tidak waras, wanita itu masih mempunyai naluri keibuan dengan berusaha menjaga bayinya itu sebaik mungkin.

Gambar ibu dan bayi tersebut telah tular di laman media Facebook dan rata-rata netizen amat kagum dengan kegigihan wanita itu untuk membesarkan anaknya.

Wanita yang mengalami gangguan mental pun tahu sayangkan anak, inikan pula bagi mereka yang mempunyai fikiran waras tetapi masih mengambil keputusan yang bodoh dengan membuang bayi yang dilahirkan di merata-rata tempat.

Sumber – Taiko Fun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *