“Pernah Tak Kita Cium Tapak Kaki Ibu Kita?”- Nukilan Sharol Shiro Tentang Pentingnya Restu Ibu

Shiro merupakan satu kumpulan lawak yang tak perlu diperkenalkan lagi. Kumpulan yang dianggotai oleh Ajak dan Sharol ini boleh dikatakan kini sebaris dengan nama-nama besar pelawak tanahair seperti Jozan dan Sepahtu.

Namun apa yang dikongsikan Sharol Shiro tentang perjalanan hidupnya bergelar pelawak tanahair memberikan pengajaran yang terbaik kepada ramai orang kat luar sana sekaligus menempelak ramai anak-anak muda yang mengaku kejayaan mereka hari ini atas usaha mereka tapi sebenarnya lupa itu datang dari doa dan redha seorang ibu.

Baca nukilan berikut;

Ketika bahang audition “Lawak Solo Duo Trio” sedang dijalankan sekarang ini, terjumpa gambar lama aku sewaktu mula-mula audition Raja Lawak dulu. Mungkin coretan ini sedikit sebanyak dapat membakar semangat sahabat-sahabat yang pergi audition.

Waktu ni aku masuk solo, first time nak Naik pentas. Tak silap aku dalam tahun 2008. Masa audition alhamdulillah aku terpilih untuk saringan 30 akhir di Astro.Tapi nasib tak menyebelahi aku apabila diumumkan tersingkir. Frust Gila aku time tu bila tayangan masa audition tu keluar TV,keluarlah muka aku yang tersingkir. Ramai gak ar member-member yang gelakkan aku. Tak kelakor ada hati masuk Raja Lawak.

Dalam tempoh setahun sebelum buka audition tahun berikutnya, aku giat tulis cerita dan cari punchline. Bila keluar jer iklan Raja Lawak hati aku dah berdebar. Mungkin kali inilah aku berjaya masuk. Sekali lagi nasib yg sama berulang lagi. Tersenarai 30 peserta akhir tapi tersingkir kat Astro. Balik kampung kene gelak lagi. Lagi sekali dalam tempoh setahun aku menulis dan cari punchline.

Sampai tahun ke tiga, aku masuk berkumpulan. Asalnya nak masuk bertiga tapi last minute member buat hal. Nak cari nama kumpulan lak jadi masalah. Macam-macam nama keluar, antaranya lepat, binjai, kuntum dan banyak lagi. Tapi aku suka nama jepun, setelah berbincang Kami bersetuju memakai nama “Shiro” yang bermaksud Putih.

Masa nak pergi saringan akhir kat Astro tu aku terdengar ceramah Ustaz Fadzilah Kamsah kat TV. katanya “apa yg kita buat Kat dunia ni tak akan berjaya tanpa restu Ibu, syurga anak terletak dibawah tapak kaki Ibu. Pernah tak kita cium tapak kaki Ibu kita? Kalau kita ada Ibu lagi, cubalah buat sekali seumur hidup sementara syurga itu ada”, tersentak jap aku.

Pagi tu aku nak gi saringan akhir kat Astro. Lepas sembahyang subuh, aku masuk bilik Mak aku. Ngam-ngam dia baru habis sembahyang. Dalam keadaan dia bertelekung aku salam dia dan minta doa restu. Suasana pagi tu memang lain, air mata ni turun dah macam air paip dah. Aku angkat beg terus gerak. Alhamdulillah tahun tu aku berjaya masuk Raja Lawak. Setiap kali sebelum buat persembahan, benda yang wajib aku akan buat adalah call Mak aku dan minta dia doakan. Benda ni wajib aku buat sampai ke pentas Maharajalawak Mega. Alhamdulillah diam tak diam dah 6 tahun aku dalam industri komedi tanah air.

Jadi aku nak share kat korang semua, tak kiralah pada yang nak ke ujibakat atau apa apa kerja yang nak dilakukan mintalah doa dan restu ibu bapa. Jangan sesekali putus asa dan ingat, kalau dah berjaya kelak jangan lupa pada mereka. Jangan Lupa juga pada kawan-kawan lain. Bantu mereka, bagi kata-kata yang positif supaya mereka lebih maju. Jangan hidup pandang ke langit, pandang juga ke tanah kerana satu hari nanti kita akan kembali ke tanah juga. Aku doakan kepada yang membaca nukilan ini terus berjaya dan dirahmati perjalanan hidupnya. Amin.

#AkuBudakKluang1984 #Johor #PemikirJalanan #WaSayangLuOrang #KitaSamaGeng #SatuKiblatSama

Sumber- Shahrol Shiro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *