” Selepas Kantoi, Terus Talak Satu Pada Aku”

Sekarang in ini jam pukul 4 pagi. Lelaki aku baru saja selesai melafazkan talak. Sudahlah aku belum habis berpantang lagi. Terus terasa down bila tengok muka anak-anak. Anak yang sulung baru mahu menginjak usia dua tahun, manakala anak yang kedua baru berusia dua bulan.

Tujuan aku berkongsi cerita ini bukanlah mahu meraih simpati daripada netizen semua. Aku saja beli sebuah lagi telefon untuk download app Find My Device sebab aku dapat tahu yang hari ini merupakan hari jadi makwe bekas suami aku.

Sebelum ini, bekas suami aku beritahu yang dia sudah pun memutuskan perhubungan mereka, tetapi sumpah aku tidak percaya. Jadi hari ini, katanya mahu keluar bekerja sampai ke malam. Lepas pukul 1 pagi dia keluar, aku tengok saja GPS telefon aku yang sengaja aku tinggalkan di dalam kereta dia.

Berdasarkan koordinate yang diberikan, memang dia menuju ke rumah perempuan itu. Babi mahu romen ke apa? Tahi betul. Aku relaks dahulu, pap!

Bila GPS berhenti betul-betul di kawasan rumah perempuan itu, terus aku telefon perempuan itu. Aku sumpah seranah dia. Jahat betul mulut aku. Selepas itu, aku terus telefon bekas suami aku yang kemudiannya terus jadi menggelabah dan terus balik.

Sekitar pukul 3 pagi dia sampai di rumah dan pura-pura cakap yang aku tuduh dia membabi-buta. Praaaap! Aku pukul dia dengan dulang. Lepas itu dia pun pukul aku teruk-teruk. Aku pun bodoh pergi pukul dia dulu, jadi memang pastilah dia pukul aku balik.

Hmmm, selepas itu, aku beritahu dia yang aku ada bukti. Aku kemudiannya terus tunjukkan screenshot lokasi dia sebelum ini. Selepas kantoi, terus talak satu pada aku.

Sedih juga sebab aku bagi syarat kalau mahu pada aku dan anak-anak, tinggalkan perempuan itu. Aku ingat dia macam pili aku macam di dalam drama Melayu. Sekali rupa-rupanya sudah masuk dalam sinetron dan dia pun tinggalkan aku.

Tadi saja aku menangis, sekarang ini macam sudah lega sedikit. Doakan aku dengan anak-anak. Lepas habis tempoh idah aku mahu cari marka baru. Tetapi sudah perjalanan takdir macam ini, jadi kenalah terima.

Mungkin sebab Allah SWT bagi rezeki lebih pada aku supaya kau boleh menanggung anak sendiri. Tetapi itulah, anak sulung aku tadi bangun minta susu pun panggil papa dia. Aku beritahu yang papa dia kerja dan dia sudah tidak balik lagi.

Sumber – Moh Sembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *