Suami Berkali Kali Kantoi Curang, Tapi Tak Pernah Serik!

Assalammualaikum… tolong hide profil saya ye min… cerita saya macam ni.. masa saya dah beranakkan anak no 2.. anak no 2 saya disahkan menghidap jantung berlubang dengan saluran pernafasan sempit.

Pada tahun lepas suami saya telah dapat berkerja di kemaman di oil and gas. Masa dia di kemaman juga.. dia berkenalan dengan seorang perempuan berumur 18 tahun bernama hidayah. Semasa dia orang bercinta 1 sen nafkah saya dengan anak-anak dia tak bagi.

Malah dia memfitnah saya juga dengan mengatakan saya ni pecah amanah , tak pandai memasak , tidak pakai bertudung , dan saya mengambil duit dalam bank dia sebanyak ribu2 ringgit. Walau hakikatnya dia tinggalkan saya kad bank dengan amaun rm20 je dalam tu..

Dia tinggal kad bank tu sebab duit brim masuk melalui kad bank yang dia bagi saya pegang tu. Selama dia berkerja di kemaman ayah saya lah yang bagi makan minum dekat saya dan 2 orang anak saya

Pada tahun tu juga akhir bulan 5 dia tertangkap dengan saya yang dia curang. Pada tahun tu juga bulan 9.. anak saya telah dapat untuk membuat pembedahan di India.. dengan bantuan kos apa semua kerajaan yang tanggung.

Semasa saya di India bersama anak kecik saya.. suami saya telah curang dengan janda anak 4. Saya berada di India selama 3 minggu, selama 3 minggu tu suami tak pernah menanyakan khabar anak kecik dia.. rupanya masa tu dia sedap berzina dengan janda anak 4.

Semasa semua urusan anak saya selesai. Saya telah pulang ke Malaysia dan terus balik ke rumah. Semasa saya sedang mengemas bilik tidur saya … alangkah luluhnya hati ini bila saya terjumpa spender perempuan lain di dalam bilik tidur kami. Pada tahun bulan 8 ini juga lah dia tertangkap berkahwin di Thailand.. dia berkahwin dengan janda anak 4..

Yang paling sedih… 1 keluarga dia sembunyikan dari saya. Pada tahun ini juga 27/9 saya telah bercerai dengan dia sebab saya tak tahan yang dia buat macam saya ini tak wujud. Bila bersama saya dia selalu mesej dengan betina perampas tu..

Siap pujuk apa semua.. tapi dengan saya tak macam tu pun… sekarang anak2 di bawah jagaan ayah dia dan mak tiri dia. Hanya satu.. kalau saya tahu dia orang dera anak2 saya.. tahu la apa yang akan saya buat.

Sumber – Paling Sweet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *