Percaya Isteri Adalah Syaitan, Lelaki Bunuh Dan Makan Sebahagian Otak Isterinya!

Percaya isteri adalah syaitan, seorang lelaki tergamak membunuh dan mengerat anggota badan wanita itu. Kejadian yang berlaku di Quezon City Filipina itu menggemparkan masyarakat.

Lelaki yang dikenali sebagai Orlando Estrera, berusia 43 tahun, turut menyiat kulit muka, mengorek biji mata serta memakan sebahagian otak isterinya setelah menghentak kepala wanita itu dengan tukul. Kejam dan menakutkan.

Menurut sumber, Estrera percaya isterinya Heidi, adalah syaitan yang mesti dibunuh untuk menyelamatkan semua orang.

Lebih ngeri, lelaki itu juga tergamak membelah perut isterinya kerana mengesyaki wanita itu mengandungkan anak syaitan.

“Suspek akan menjalani pemeriksaan psikologi dan psikiatri bagi menentukan tahap mentalnya,” kata Ketua Superintendan Guillermo Eleazar, Pengarah Polis Kota Quezon (QCPD) yang menambah bahawa Estrera menghadapi tuduhan membunuh ahli keluarga.

“Estrera tidak memperlihatkan sebarang penyesalan dan dia amat berbahaya kepada masyarakat,” tambah Eleazar lagi.

Sumber – Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *