Dakwa Kerja Kutip Kobis Di Korea Gaji RM11K, Ramai Pihak Tampil Beritahu Adib Zizan ” Kaki Penipu”.

Baru-baru ini viral di media sosial tentang seorang lelaki Malaysia yang dibayar gaji RM11,000 dengan hanya bekerja sebagai pemetik kobis di Korea Selatan

Dikenali dengan nama Adib Zizan, dia bekerja sebagai pemetik kobis di Korea Selatan atas dasar terpaksa kerana tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Keadaan itu menjadikannya tidak mampu untuk bekerja dalam bidang profesional dan meraih gaji yang tinggi di Malaysia.

Menurutnya, walaupun dia hanyalah seorang pemetik kobis, dia langsung tidak malu asalkan rezeki dan pendapatan yang diraih itu adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Namun begitu, selepas videonya menjadi viral, ramai pihak tampil dan mendakwa Adib Zizan sebenarnya seorang penipu, “kaki kencing”, dan suka berlagak gangster.

Nama Adib Zizan pernah terpalit dalam satu isu kontroversi semasa beliau berada di Australia suatu ketika dahulu.

Menurut sumber orang ramai, Adib sebelum ini pernah menjadi seorang backpacker yang merantau ke bumi Australia dengan niat untuk bekerja. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi ajen peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang menginginkan gaji lumayan di sana.

Bagi mengaburi mata orang ramai, beliau dan sekutunya menaburkan pelbagai janji manis seperti kemudahan tempat tinggal yang selesa, gaji lumayan sehingga RM10k, tiada potongan gaji, dan banyak lagi.

Tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan semuanya hanya menanam tebu di tepi bibir.

Baca kenyataan penuh di bawah:

ADIB ZIZAN A.K.A PEMETIK ANGUR & KOBIS
1. AUSTRALIA
2. KOREA

Topik hangat di media sosial sekarang pemetik kobis bergaji 11k sebulan?? Sembang? Realiti atau fantasi?

Terlebih dahulu aku kenal kan korang siapa Adib Zizan.

Dia ni seorang backpacker yg merantau ke bumi kangaroo @ Australia dengan niat pada mulanya untuk bekerja. Bila dah bekerja di farm2 dalam keadaan yg tidak boleh bekerja, Adib ni banyak kali dibuang contractor farm kerana sikap dia yg acah2 gangster.

Konon panas baran, so dalam masa sama dia ni juga ada niat konon nak jadi agent peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yg menginginkan gaji lumayan seperti kami mangsa2 beliau, jadi ada beberapa contact contractor di setiap daerah OZ seperti Shepperton, Robbinvale, Mildura, Nyah dan banyak lagi.

Rangkaian penipuan Adib ni terdiri dari Adib, kakak dia (Nadia) serta beberapa lagi agent di bawah dia mengikut setiap negeri. Bagi mengaburi mata kami antara batch terawal yg dihantarkan ke OZ adalah seperti berikut kenyataan yang dijanjikan oleh adib dan sekutunya sebelum kami berangkat ke OZ:

Kediaman yg selesa (rumah)
Tiada caj pengangkutan kerja
Tiada potongan gaji (bermaksud gaji direct)

Tiket flight pergi dan balik
Gaji yang lumayan 10k sebulan
Bekerja direct di bawah syarikat farm tersebut

Jika ada apa2 masalah akan diselesaikan dengan segera
Bekerja secara berterusan mengikut musim

Setelah sampai, apa yang dijanjikan pada kami semuanya hanya menanam tebu di tepi bibir. Kami ditempatkan di kawasan pedalaman supaya sukar berkomunikasi dengan keluarga atau menghubungi beliau. Kami ditempatkan di rumah panjang dalam keadaan kotor dan sempit serta ketiadaan air dan kemudahan kenderaan untuk membeli keperluan makanan.

Gaji yang dijanjikan langsung jauh berbeza dari janji-janji Adib. Malahan ada di antara orang perantaraan Adib di OZ yang cuba mengaut untung seperti caj kenderaan sebanyak 10$ sekali keluar seorang. Gaji kami diambil percent oleh tuan penasihat Adib.

Secara jujurnya Adib ni seorang yang kaki sembang. Tak ada tanggungjawab langsung. Dia buat, dia lepas tangan sehinggakan batch2 sebelum kami memberontak melarikan diri dari farm tersebut.

Kehidupan kami menjalani hari-hari bekerja amatlah sukar kerana farm tersebut langsung tidak mendatangkan gaji yang lumayan. Selama 3 bulan kami bertahan sebelum kami minta ditukarkan ke farm yang berdekatan dengan bandar Mildura.

Di farm yg kedua (Redcliff) gaji kami selalu kurang. Gaji pun cukup2 350$/week. Sewa rumah pulak 120$/week, caj kenderaan 7$/day = 49$/week. Cuba korang bayangkan apa yang korang boleh kumpul dengan jumlah 181$ setelah tolak duit makan minum?

Lama kelamaan adib ni makin kerap hantar budak ke OZ berpuluh2 group. Beratus org yang dia hantar terkandas di daerah New South Wales. Ramai yang tak puas hati dengan Adib. Adib mendiamkan diri. Call tak angkat. Whatsapp senyap.

Aku pun apa lagi dengan duit2 yang batch kami kumpul, kami kongsikan bersama batch yang baru terkandas ditipu Adib untuk melarikan diri ke Brisbane, Queensland dengan bas dan train.

Dalam keadaan sejuk -8 kami bersembunyi di belakang stesen bas usang selama 10 jam, kami tidur dalam keadaan sejuk beku. Bayangkan nak beli makanan pun susah lagikan nak bayar sewa rumah? Mana kami mampu!

Dengan pelbagai mesej ugutan diterima ke telephone masing2. Takkan kami nak bertahan kalau kerja pun gaji kne mark up? Untuk pengetahuan korang masih ada ramai lagi saki-baki yang terkandas di OZ oleh perbuatan si Adib ni.

Bila semua batch yang Adib hantar memberontak di OZ, nama dia mula panas menjadi perbualan setiap mangsa batch2 yang dia dah hantar, masing2 tunggu adib datang.

Aku ingat kalau dia datang mmg dah lama arwah, malah ada juga yang sempat kejar si bangsat ni. Tapi bangsat ni licik, dia ada kereta kami cuma ada kaki.

Bila dah line panas di OZ dia bertukar pulak ke negara KOBIS 11K iaitu Korea. Taktik yang sama Adib guna untuk menarik perhatian mangsa2. Tabur janji-janji manis.

Korang ingat korang mampu ke dapat 11k? Tu semua hanyalah propaganda kedaruk si Adib bangsat tu. Sekarang dia dah top kat bigo aku dengar? Kejadah apa hidup kerja makan hasil gaji orang, menipu mangsa yang betul2 perlukan duit dengan dikaburi janji-janji si Adib 11k

. Korang tau tak ada di antara batch2 kami yang jual tanah, jual motor, jual kereta, tinggal anak bini, bergolok gadai semata2 termakan janji Adib ni?

Aku tak nak tengok anak bangsa aku sendiri tersadai kat luar negara, sebab aku dah rasa! Korang mana yang pandai berkata2 lain kali siasat dulu latar belakang penyangak ni. Dia duduk senang2 kat Malaysia pakai kereta mewah, pakai superbike itu semua hasil menipu duit kami.

Duit tambang yang dia minta dalam anggaran 4k-5k! Tiket flight pergi baru RM700 dan tiket balik dia bagi tiket palsu. Korang bayangkan berapa banyak hanat ni dan kroni2 dia untung? Kalau 10 org?

Kalau 100 org? Kira la dah berapa? Korang nilai sendiri la wajarkah org sebegini dibiarkan bermaharajalela kaya raya?

Lama kami perhatikan kau Adib. Ingatkan kau dah insaf. Takpa kau dah puas telan manis, kali ni kami kasi kau cuti lama2. Malaysia ada undang2. Kami diam bukan kami takut tapi bagi peluang untuk kau merasai kehidupan kat luar.

Tarik nafas dalam2 lepas ni kau da duduk dalam. Semua bukti2 kami simpan. Semua mangsa2 aku dah kumpulkan. Kalau aku tak buat mcm ni makin ramai org kau tipu. Nak kaya kerja guna kudrat sendiri bodoh. Bukan dengan cara jual org.

Hasil siasatan kami gagal menemukan sumber asal tulisan tersebut. Apa yang pasti, lambakan individu dan page di Facebook telah pun menyebarkan cerita mengenai beliau.

Malah nama beliau kini sudah popular dan menjadi sebutan orang ramai sejak tersebar beberapa hari lalu.

Sumber – SAYS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *