Dua Abangnya Meninggal Ketika Solat, Akhirnya Siti Aisyah Juga Pergi Dengan Cara Yang Sama.

JAKARTA – Kematian seorang gadis cantik iaitu Allayarhamah Andi Siti Aisyah Bahar yang meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika membaca Al-Quran selepas menunaikan solat Subuh membongkar rupanya 2 lagi adik beradiknya turut menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang sama.

Sungguh luar biasa, menurut ibunya Andi Ratna ketika ditemui wartawan dirumahnya mendedahkan kini sudah 3 orang anaknya dalam keluarga besar 8 beradik beradik meninggal dunia dalam keadaan mereka sedang beribadah.

Wanita itu menceritakan bahawa anak keduanya yang juga abang kepada Aisyah meninggal dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat malam tepat di tahayat terakhir. Kejadian yang berlaku pada tahun 2011 pada usia arwah 26 tahun ketika menuntut di salah sebuah arrama pesatren iaitu tempat pengajian agama Islam terkenal di kawasan Pondok Gede, Jakarta.

Manakala anak ketiganya meninggal dunia usia 23 tahun dalam keadaan sujud ketika melaksanakan iktikaf malam di Masjid pada tahun 2009.

“Mereka semua meninggal dalam keadaan sujud. Allah SWT lebih sayangkan mereka semua” Kata Andi Ratna sambil menitiskan airmata ketika bercerita tentang Allayarhamah Siti Aisyah iaitu lebih mesra dipanggil Ica.

Mahasiswa terbaik lulusan institusi pengajian tinggi ternama tempatan, Universiti Hasanuddin pada tahun 2016 itu baru sahaja diterima bekerja di Makmal Penternak di Universiti. Ica merupakan anak kelima daripada 8 adik beradik. Namun sehari sebelum masuk bekerja, Ica menghembuskan nafas terakhir.

Gadis cantik ini sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan ditidak lama lagi. Allahyarhamah yang kebetulan berpuasa sunat Khamis pada hari tersebut baru pulang ke rumah usai solat subuh di masjid dengan ibu bapanya sebelum meninggal ketika membaca al-Quran.

Selepas selesai solat subuh berjemaah di masjid di kampungnya di di Kabupaten Bone dekat Makasar, Sulawesi Selatan, Aisyah membaca al-Quran, meminta bapanya membetulkan jika salah.

Ketika membaca surah Al-Mutaffifin, dia memeluk bapa, meminta diajarkan dua kalimah syahadah.

“Tiba-tiba ia memeluk saya, minta dipandu membaca syahadah. Selepas itu dia meninggal dunia,” kata bapanya Andi Bahar Jufri menceritakan detik anak kelimanya itu meninggal dunia 4 Januari lalu.

Menurut bapanya, pada malam menjelang kematiannya, Asiyah yang dipanggil Ica, bangun menunaikan solat malam dan bersahur kerana akan berpuasa sunat keesokannya.

“Itu rutin biasa Ica, berpuasa Isnin dan Khamis. Ketika itu kami lihat keadaannya baik saja, tiada yang janggal,” katanya hari ini.

Ica, lulusan terbaik Fakulti Ternakan itu kemudian ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan selepas itu meminta bapanya menemaninya membaca al-Quran, membetulkan bacaannya jik salah.

“Tidak pernah dia meminta ditemani seperti itu,” kata bapanya.

Menurut Andi Bahar, sebelum ini Ica mengadu sering sakit kepala namun pemeriksaan doktor tidak menemukan sebarang masalah.

Aisyah dikebumikan di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) Moncongloe, Maros, Sulawesi Selatan, tidak jauh dari rumah keluarganya.

Sumber – MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *