” Isteri Ini Amanah Allah Untuk Di Pimpin, Bukan Bila Suka Kita Jaga, Tak Suka Ceraikan” – Ebit Lew

Bila isteri tak lagi cantik di pandangan mata, haruskah suami melepaskan begitu saja. Walhal suami tak nampak jelas silapnya kalau dicongak akan berbalik kepada dirinya sendiri.

Catatan yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ada banyak benarnya. Betapa dalam melayari sebuah bahtera perkahwinan, nakhodanya adalah suami. Bahagianya anak kapal, perlulah dimulakan dengan bijaknya suami mengatur perjalanan kapalnya.

Isteri Ini Amanah Allah

Terbaca kisah-kisah ceraikan isteri sebab dah ada isteri baru..sedih..Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa.

Satu jer nak cakap. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain atau sebab yang besar munasabah. Kita mulia manusia sebaik-baik kejadian.

kita sayang kerana Allah. Walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri, kenangkanlah ibu kita, kenangkan anak perempuan kita.. Kenangkanlah.

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin, solehah, semua kerja rumah dia buat, senyum jer.. sempurna.. bestkan ustaz?

Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah. Tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka.

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa?

Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..

Abang Kan Ketua Keluarga

Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah.

Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..

Baik ustaz..

Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah. Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..

Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..

Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki.

Dalam Al Quran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal. .Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.

Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga. Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.

Sumber – Suara Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *