Lelaki Ini Berjaya Dapat Gadis Idamannya Lepas Jawab 2 Soalan Darinya.

Pada zaman sekarang, isu kahwin muda atau kahwin awal bukanlah satu benda yang asing lagi. Ramai anak-anak muda sekarang memilih untuk berkahwin berbanding bercinta bertahun-tahun.

Ianya ibarat satu trend dikalangan anak muda sekarang. kadang-kadang, tengok orang lain kahwin, diri sendiri pon terdetik untuk melakukan perkara yang sama. Tetapi, tidak ramai yang merasa pengalaman hendak berkahwin sebagaimana Aliff ingin memperisterikan Aisyah.

Selepas meluahkan perasaannya, Aisyah meminta Aliff menjawab dua soalan darinya. Soalan apa tu?

Ramai sangat yang nak tahu soalan Apa yang Aisyah Hijanah suruh saya jawab. Alif akan kongsi di bawah. Tapii alif akan kongsi 1 soalan sahaja hehe. Baca ya !
.
Sambungan dia, lepas alif cakap “saya rasa saya nak nikah dgn awk” Aisyah terdiam dan tak reply msj alif. Then one day alif msj and minta maaf sbb alif menggatal hahaha.

Seingat alif masa ni bulan ramadhan bulan 6 mcm tu. tapi ap yang Aisyah balas, “kalau nakkan Aisyah ada syaratnya”. Alif pun tanya lah “apa syaratnya ?.” Then Aisyah balas “kena jawab 2 soalan” alif pun be like kacang je nii. Alif pun cakap “okay kalau alif boleh jawab aisyah terima alif ya?”.

Aisyah balas “of course, tak perlu hantaran tak perlu everything” alif pun dgn semangat, “okay bagitau sekarang apa soalannya ?” Aisyah pun bgtau lah soalannya. Alif dgn terkejutnya nak menangis masa tu. soalan dia

“Alif kena Present dekat Aisyah kisah hidup saidatina Aisyah ra dari awal sampai habis.

Dan dalam kesemua kisah tu ada satu cerita tentang ketika aisyah sedih, nabi pun turut bersedih. Kalau alif dpt jawab aisyah akan terima.” Alif masa tu bila dpt tahu soalan pertama dia, alif terduduk terkejut. Gila kot nak baca semua kisah saidatina Aisyah ra. And alif pun mcm nk give up lah and malas.

Tetapi, haaa hero kalah awal hahaha, alif pun cuba study beli buku untuk baca. Siang malam alif baca. Nk fahamkan dan nak cari satu story yang Aisyah suruh alif cari tu. korang rasa alif boleh jawab tak? Alhamdulillah boleh! Kalau tak takde lah muka happy mcm tu kan hahahah.

Alhamdulillah. Dan masa alif cerita 1 kisah di mana nabi ikut perasaan Aisyah ra sebenarnya ada 5 cerita yang smilar. Alif gather all the stories and tulis and baca berulang cuba detect mana yang paling dekat dgn life Aisyah. Dan Alhamdulillah alif dpt jawab.

Tepuk sikit heheh. Seronok rasa happy nak menangis. 2 minggu kot alif study. Dan alif jawab pada 7 July 2017. Ni baru satu soalan tau. Ada lagi satu. Hahaha. Nnt yang lagi satu alif cerita. Nak scuba jap hahaha.
.
And actually alif wonder jugak. Kenapa Aisyah letak syarat2 mcm ni..? Haaaa nnt alif cerita. Nak tahu kisah lanjutnya. Kalau nak komen lah nak. Alif saja2 nak kongsi je kegembiraan alif ni. ☺️

Okay guys! Alif nak kongsi soalan yang kedua. Baca ya.
.
Soalan ke dua ni agak mudah berbanding soalan pertama. Mudah tu tak mudah sangat lah. Tapi Alhamdulillah boleh pegang tangan Aisyah tu kira boleh jawab lah tu. power tak alif? Hahaha. But still kena study kena cari buku baca dan faham. Baik, masa alif tanya aisyah. “Okay soalan kedua apa pulak?”. Aisyah balas ”

Alif nak Aisyah jadi alif kena faham tentang Aisyah, jadi alif kena present kat Aisyah ayat Al-Quran Surah nisa ayat ke tiga. Kalau alif boleh present dan aisyah berpuas hati. Then I’ll be yours.”

. Alif balas “okay takpe kalau alif jawab dua soalan tu aisyah terima alif ya.” Aisyah balas “jawab dlu, Jangan letak harapan sgt.”.
.
Alif balik alif buka surah anisa ayat tiga. Alangkah seronoknya alif, bila dapat tahu soalan tu tentang poligami. Senang je lah prempuan tak suka poligami kan, normally lah. Yang suka tu bagus lah. Alif pun hantar msj kat Aisyah “you already mine, pack your things hehe”.

Then Aisyah jawab “kalau alif jodoh aisyah alif akan nampak ap yang aisyah nk alif faham dr ayat tu. mesti alif nampak pasal poligami kan. Good luck.”

Alif pun terfikir, apa lagi aisyah ni, poligami je yg alip nampak dalam ayat ni. Tetapi sebenarnya bukan itu ceritanya, ada cerita lain dari ayat tu. apa lagi, alif pun study balik, Alhamdulillah jumpa kisah tu. nak tahu ke cerita ap? Alaa korang cari lah. InsyaAllah jumpa.

Apa pun “masa alif present dekat isteri alif, cuak jugak beb. Sbb kalau salah selamat tinggal lh. Cari orang lain lah jawabnya.

Tapi alhamdulillah bila Allah tulis nama kita untuk dia maka pastinya kita akan dapat. 7 July alif present jawapan alif untuk soalan pertama dan ke dua. Aisyah senyap dan tersenyum.

Korang boleh bayangkan tak. Betapa seronoknya alif. Alif diam je tapi dalam hati ya Allah. Seronok tu Allah saja yang tahu. Alhamdulillah.


.
Alif nak plan tulis buku untuk isteri alif. Tanda Terima kasih untuk dia. Mungkin bagi semua orang Aisyah itu biasa tapi bagi alif aisyah adalah permata Syurga. ❤️

Sumber – Alifteega

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *