Memiliiki Wajah Yang Cantik Dan Tubuh Persis Model, Wanita Ini Tidak Malu Bekerja Sebagai Buruh Binaan!

Kebiasaannya, pekerja di tapak pembinaan didominasi oleh orang lelaki kerana jenis pekerjaannya yang berat dan memerlukan tenaga yang kuat ketika bekerja. Walaupun ada beberapa orang pekerja wanita yang bekerja di tapak pembinaan, namun jumlah mereka yang sedikit, menjadikan kehadiran mereka ini seseolah tidak pernah wujud di tapak pembinaan.

Tetapi untung nasib seorang pekerja wanita ini setelah kisah beliau yang bekerja sebagai seorang buruh binaan mendapat perhatian netizen di serata dunia.

Wanita yang dikenali sebagai Xiao Mei itu mendapat perhatian orang ramai setelah videonya melakukan pekerjaan seperti seorang lelaki dengan mengangkat batu-bata dan bahan-bahan binaan yang lain jadi tular di laman-laman media sosial.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna laman media sosial Weibo yang kebetulan berada di tapak pembinaan tempat Xiao Mei bekerja berasa kagum melihat wanita cantik seperti model itu bekerja di kalangan lelaki di sebuah tapak pembinaan yang kotor.

Selain itu, ramai yang memuji kesungguhan Xiao Mei bekerja di tapak pembinaan meskipun memiliki wajah yang cantik serta kulit yang putih gebu tanpa menghiraukan sebarang kotoran dan kesakitan akibat kerja berat yang dilakukannya itu.

Rata-rata netizen yang berasa kagum dengan Xiao Mei telah menggelarkannya sebagai Wonder Woman Asia yang benar-benar wujud di alam nyata.

Sumber – Taiko Tai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *