(TERKINI) 128 Negara Menentang Usul Donald Trump Untuk Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel Semasa Undian Di PBB!

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mencatat undian 128 menyokong manakala sembilan menentang usul menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan.35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Terdahulu, Presiden Donald Trump memberi amaran sebelum undian 193 negara, Washington ‘memerhati rapat’ dan mengeluarkan ugutan bertindak balas terhadap negara yang menyokong langkah itu.

Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.

Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.

Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Trump mengancam memotong bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong undian terbabit.

Sumber – BH Online, Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *