The Rock Bakal Bertanding Sebagai Calon Presiden AS Gantikan Donald Trump?

Amerika Syarikat bakal mengadakan pilihan raya tiga tahun dari sekarang bagi memilih presiden tahun 2020.

Walaupun tempoh hari rakyat negara itu keluar mengundi masih lama lagi namun salah satu aktor terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock disebut-sebut sebagai figura yang bakal bertanding merebut jawatan tertinggi negara berkenaan.

Spekulasi tersebut tambah kukuh ekoran posting The Rock menerusi laman Instagram miliknya pada 27 Julai tahun lalu. Beliau seperti memberi bayangan dan reaksi positif terhadap laporan media TIME mengenai isu pencalonannya sebagai calon presiden Amerika. Beliau mengucapkan terima kasih kepada media dan seluruh pihak yang menyokongnya.

“Terima kasih TIME. Saya mengucapkan terima kasih atas idea tersebut dan mendapat sokongan yang sangat nyata.

“Beberapa dari sekarang jika saya mampu melangkah menjadi pemimpin yang kuat, berpengaruh dan otentik bagi masyarakat dan negara, saya akan (menjadi presiden),” tulisnya.

Dwayne kini mula serius mempertimbangkan usaha untuk ke peringkat pencalonan sebagai presiden. Pengakuan tersebut diungkap ketika beliau menjadi tetamu program bual bicara Ellen DeGeneres Show.

“Saya benar-benar serius mempertimbangkan perkara tersebut”.

Walaupun belum secara rasmi tersenarai sebagai calon, Dwayne sudah mempunyai ramai penyokong. Antaranya seperti aktor Kevin Hart, rakan lakonnya dalam filem Jumanji: Welcome to The Jungle.

“Jika dia berjaya menempatkan diri di posisi itu, dia akan mendapat sokongan penuh dari saya. Saya tahu bagaimana hatinya. Saya benar-benar mengenalinya.

“Jadi, saya tahu jika dia meletakkan dirinya di posisi tersebut, itu untuk kebaikan orang-orang. Saya hanya akan bertepuk tangan dan memberikan sokongan,” ujar Kevin.

Sementara itu, berdasarkan satu undian iaitu “pole” yang dilakukan pada musim panas lalu, Dwayne disebut-sebut layak mengantikan Presiden Amerika sekarang iaitu, Donald Trump.

Sumber – MalaysianDigest, Last Kopek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *