Viral Video Pak Cik Dalam LRT Dituduh Cuba Meraba, Saksi Dalam Tren Dan Ustaz Ebit Lew Jelaskan Keadaan Sebenar!

Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu… Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar.. bagitahu semua tu fitnah..cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga..malukan macam tu..

Pakcik Tu Baik, Saya Nak Cari Siapa Yang Buat Fitnah

Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya. Pakcik tu baik.. dia tak nak kejut perempuan tu tidur….jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk.

Dia tahan dengan kakinya. Dia resah..nyerlah jaga-jaga….. saya nak cari siapa yang buat fitnah tu. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah…

Anak-anaknya Semuanya Sahabat Saya

Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..

Siapa Sebenarnya Pak Cik Ini..

Beliau pencen pegawai besar tau..kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur..Saya kenal rapat dengannya. Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman.

Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah,semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.

Anak sulungnya pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Habis terus berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda.

Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya.

.Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..

Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni…saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya..saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah.

Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh…Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula…-ebitlew

Terdahulu…

Kesian Pakcik Kopiah! Dituduh Raba Amoi Dalam LRT, Saksi Bangsa India Ini Dedah Cerita Sebenar

Baru-baru ini viral di media sosial satu video menunjukkan seorang lelaki berusia yang dilihat seperti meraba peha seorang wanita di dalam LRT. Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan apa yang lebih parah sehingga melibatkan agama Islam kerana lelaki berkenaan memakai jubah dan berkopiah.

Sebahagian netizen menghamburkan kata-kata cacian dan makian kepada lelaki warga emas tersebut, namun masih ramai yang beranggapan pakcik itu tidak bersalah dalam hal itu.

Mendapat perhatian netizen, dilaporkan menerusi pelbagai media online

Video berkenaan mengundang kecaman hebat netizen yang telah menghakimi dengan pelbagai label dan kata-kata negatif. Artikel tulisan Sadho Ram, warganegara India di Says.com menuduh pakcik itu dilihat meraba wanita berkenaan di bahagian peha perlahan-lahan ketika wanita itu sedang lena di sebelahnya.

Penumpang LRT di tempat kejadian tampil pertahan pakcik

Enggan mendiamkan diri, seorang penumpang yang turut sama berada di tempat kejadian tampil mempertahankan pakcik itu. Dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan dan berharap isu itu segera berhenti dimainkan di media sosial.

Menurut Ramesh De Ram, pakcik berkenaan hanya mahu menarik jubahnya yang secara tidak sengaja terselit di bawah peha wanita di sebelahnya. Insiden itu diperhatikan di depan matanya sendiri. Ramesh juga berang dengan laporan tidak berasas media yang dengan cepat menuduh tanpa asas yang kukuh.

Amoi tu makin berhimpit

Netizen di Twitter turut sama tampil mempertahankan warga emas itu dan berpandangan sama dengan Ramesh. Menurut Muhd Fitri, keadaan LRT yang hampir berhenti menghampiri stesen membuatkan wanita berkenaan semakin berhimpit dengan pakcik itu sekaligus menyebabkan tangan lelaki itu tersentuh peha wanita di sebelahnya.

Viral tanpa usul periksa telah menzalimi agama sendiri

Nampak dia cuba elak

Terus tarik tangan dia, bukan raba

Sumber: Ramesh De Ram , Twitter, Dunia Kecoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *